Cara Semak Saman Polis Trafik Secara Online Dan SMS

Entri ini ialah Cara semak saman Polis Trafik secara online dan SMS. Adakah anda tertanya-tanya sama ada anda mempunyai sebarang saman polis PDRM yang belum anda bayar atau anda tidak sedari? Kita sebenarnya boleh membuat semakan saman Polis dengan mudah sahaja, dan tidak perlu untuk pergi ke pejabat polis semata-mata untuk menyemak saman yang dikenakan ke atas kita.

Terdapat tiga cara semak saman polis trafik yang disediakan untuk orang ramai menyemak sama ada mereka bebas daripada saman ataupun tidak. Cara semakan saman polis trafik adalah seperti di bawah.

Cara Semak Saman Polis Trafik Secara Online Dan SMS

Cara Semak Saman Polis Trafik Melalui SMS

Anda boleh guna handphone/smartphone anda dan cuma perlu taip seperti berikut:

  • POLIS SAMAN < NO KAD PENGENALAN> atau <NO KENDERAAN> dan hantar ke 15888
    Contoh : POLIS SAMAN ABC7488 dan hantar ke 15888.
  • Setiap SMS akan dikenakan caj sebanyak 20 sen

Cara Semak Saman Polis Online (Internet)

Anda boleh membuat Semakan melalui website seperti berikut :-

  • MyEG Services – www.myeg.com.my
  • RILEK e-Services – www.rilek.com.my
  •  Tiada caj dikenakan untuk semakan saman secara online.

Cara Semakan Saman Polis melalui kaunter Trafik COPS (Computer On-line Payment System).

  • Kaunter ini boleh didapati di semua Ibu Pejabat Polis Daerah, kaunter JPJ yang terpilih dan juga Kaunter Trafik COPS di shopping complex yang terpilih.

Cara Semak Saman Polis Trafik Secara Online Dan SMS

Jika anda mempunyai saman dan ingin bayar saman Polis, anda boleh berbuat demikian dengan menggunakan ATM (Maybank) sahaja. Boleh layari maybank2u.com.my untuk lebih detail. Anda juga boleh bayar saman di Ibu Pejabat Polis di kaunter-kauter yang disediakan.

source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *