Cara Semakan SAPS Ibu Bapa Online Keputusan Peperiksaan

Bagaimana cara semakan SAPS ibu bapa secara online untuk semak keputusan peperiksaan anak? Sistem SAPS atau nama panjangnya Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah ialah salah satu sistem yang membolehkan ibu bapa mengetahui keputusan peperiksaan anak mereka di sekolah rendah dan sekolah menengah. Kini, ibu bapa boleh membuat semakan keputusan peperiksaan anak-anak mereka secara online melalui sistem SAPS Ibu Bapa ini.

Kelebihan sistem SAPS ini ialah para ibu bapa atau penjaga lebih senang untuk memantau pretasi akademik anak mereka di sekolah. Kalau dulu, mungkin ada budak-budak takut-takut untuk menunjukan result mereka kepada ibu-bapa dan sembunyikan keputusan mereka, dengan sistem ini memang tak dapat kalau hendak sembunyikan atau bagi alasan-alasan untuk tidak tunjukan result mereka.

Tutorial Cara Semakan SAPS Ibu Bapa Online Semak keputusan peperiksaan sekolan anak

Apabila ibu bapa (penjaga) membuat semakan SAPS secara online, mereka akan mengetahui slip keputusan penuh peperiksaan yang diduduki oleh anak-anak merea seperti peperiksaan awam (UPSR, PT3, SPM), peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan hujung tahun.

Bagaimana Tutorial cara semakan SAPS ibu bapa online (Keputusan Peperiksaan Anak):

  1. Pertama sekali, pergi ke laman web SAPS di http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php
  2. Kemudian masukan nombor kad pengenalan (IC) atau nombor sijil beranak anak mereka
  3. Kemudian, pilihlah antara sekolah rendah atau sekolah menengah.
  4. Lepas tu pilih tahun berapa, contohnya tahun 2015.
  5. Klik Semak Laporan dan kemudian pilih jenis peperiksaan yang ingin anda semak.
  6. Langkah terakhir ialah, klik Papar Slip Keputusan atau Papar Markah peperiksaan untuk lebih detail. Anda kemudian akan dapat melihat slip keputusan anak anda.

Semoga melalui cara semakan SAPS Ibu Bapa Online ini, ibu bapa akan lebih senang untuk memantau pretasi akademik anak-anak mereka.

6 Replies to “Cara Semakan SAPS Ibu Bapa Online Keputusan Peperiksaan

  1. Knp skrg SAPS x de pilihan peperiksaan ? Sbb tu bila click hanya no mykid , tahun peperiksaan dan submit .. automatik sistem akn back balik sbb detail peperiksaan x disrtakan .. hrp check sistm semula .. susah nak tau keputusan peperiksaan anak2 sekarang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *