Cara Tukar Nama Fanpage Facebook Berkesan Terbaru

Bagaimana cara tukar nama fanpage facebook dengan berkesan dan terbaru? Hai, kami yakin anda semua pasti ada akaun facebook bukan? Agak sukar untuk dipercayai kalau zaman sekarang ni, ada lagi ke orang yang tiada akaun facebook melainkan atas sebab-sebab tertentu seperti negara terlalu miskin, perang, atau tiada kemudahan internet. Berbalik kepada tajuk, anda ada akaun facebook, tapi adakah anda mempunyai fanpage untuk bisnes ataupun untuk suka-suka saja? Membuat fanpage ini sangat senang sahaja kalau kita mahu, cuma perlu tekan create fanpage dan ikut step yang ditunjukkan sahaja.

Baru-baru ini facebook telahpun membuat update terbaru, dan diantara update tersebut adalah option untuk menukar nama fanpage kita. Jika fanpage anda mempunyai liker di bawah 5000, anda boleh terus tukar keseluruhan nama tersebut serta-merta:

Prosedur Cara tukar nama fanpage facebook dengan berkesan:

  1. Pergi ke bahagian ABOUT
  2. Pergi ke Page Info
  3. Pergi Ke Name dan klik pada bahagian edit (di tepi sebelah kanan) dan akan keluar seperti di bawah:

Prosedur Cara Tukar Nama Fanpage Berkesan terbaru

Tulis sahaja apa-apa nama yang anda mahu. Proses pertukaran nama hanya mengambil masa kurang dari 3 minit sahaja:

Kalau liker fanpage anda melebihi 5000 like, anda juga boleh ikut prosedur di atas tetapi ada sedikit berlainan jika nama page yang anda mahu tukar tiada perkataan yang sama:

Contohnya nama fanpage: Viral Media Network
Anda mahu tukar ke salah satu nama berikut:
1) Kaki Media,
2) Tips Kuruskan Badan

Kalau anda mahu tukarkan nama ke Kaki Media, proses pertukaran nama boleh dilakukan sekejap sahaja seperti diatas tadi sebab ada perkataan yang sama iaitu perkataan Media.

Sebaliknya, jika anda mahu tukarkan nama kepada Tips Kuruskan Badan, anda kena tukar nama dua kali iaitu mula-mula anda kena tukarkan dengan kekalkan sekurang-kurangnya satu perkataan nama page asalnya, contohnya anda kekalkan nama Network. Anda boleh tukarkan nama kepada Tips Kuruskan Badan Network ataupun Tips Kuruskan Badan Media. Anda boleh pilih mana-mana tetapi perlu kekalkan satu perkataan yang asal dan gabungkan dengan nama page yang anda mahu. Proses cara tukar nama fanpage yang pertama perlukan masa kurang dari 3 minit sahaja, sudah terus tukar. Tapi, selepas tukar nama pertama tadi, anda perlu tunggu sehingga 7 hari (seminggu) baru dapat tukar ke nama page tadi itu kepada nama yang anda mahu iaitu Tips Kuruskan Badan.

Kalau anda mahu gabungkan fanpage juga boleh, dengan syarat page-page yang anda inginkan merge atau gabungkan itu mempunyai nama yang sama atau hampir-hampir sama. Caranya ialah pergi ke bahagian setting dan klik bahagian Merge Page. Anda juga kena jadi admin untuk page-page tersebut untuk merge page ataupun untuk cara tukar nama fanpage tadi.

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *