Cara Unlimitkan Kuota Celcom Internet Terkini

Anda pasti pernah dengar atau cuba cara unlimitkan kuota Celcom internet bukan? Atau Celcom Boster? Atau Celcom Ghost? Hulk? Naga? Setiap sistem mesti ada kelemahannya dan sebab itulah terdapat beberapa trick cara unlimited kan kuota internet Celcom boleh digunakan dari semasa ke semasa satu demi satu.

Setiap kali Celcom upgradekan sistem, maka setiap kalilah mungkin cara unlimitkan kuota Celcom itu akan mati dan tidak boleh digunakan lagi. Last-last, pengguna kena guna plan biasa dengan speed yang slow selepas habis kuota.

Cara Unlimitkan Kuota Celcom Internet Terkini

Adakah anda semua tahu sekarang Celcom sudahpun memperbaharui sistem mereka dan memperkenalkan sistem yang menentang unlimited kuota? Sekarang ini, semua trick atau cara unlimitkan kuota Celcom internet tidak lagi berkesan tidak kisahlah Sim Kad apa, Celcom 1 Malaysia, Celcom Instanet,Celcom Ultimate, Celcom Frenz, Celcom Hulk, Celcom Naga dan sebagainya. Ini semua disebabkan Celcom sudahpun menaik taraf sistem dan servis perkhidmatan mereka dan yang paling memberikan kesan kepada pengguna ialah penggunaan PPU (Pay per use) dalam plan mereka yang terbaru.

PPU Celcom terbaru ini tidak seperti dulu yang cuma akan cut speed kalau kuota habis dan tetap masih boleh digunakan, tetapi sekarang ini, secara automatik kredit anda akan ditolak sebaik sahaja kuota internet Celcom anda habis. Ok, memang Celcom ada menghantar mesej menunjukan berapa peratus penggunaan data (Celcom Mobile Internet) anda biasanya selepas 70% digunakan dan juga apabila kuota habis. Problem Celcom sekarang ini ialah mesej Celcom itu biasanya lambat sampai dan apa bila SMS itu diterima, kredit anda sudahpun banyak kena potong. Kenapa Celcom tidak terus matikan terus penggunaan internet kalau kuota habis tanpa perlu menolak kredit pengguna? Setuju atau tidak, ini semua salah satu cara Celcom untuk dapatkan lebih banyak keuntungan.

Cara Unlimitkan Kuota Celcom Internet Terkini Internet Pack Celcom

Apa Cara Unlimitkan Kuota Celcom Internet Terkini Yang Berkesan?

Sehingga bulan December 2014 ini, masih tiada lagi berita baru cara unlimitkan kuota Celcom internet yang berkesan. Kalau adapun, rasanya akan sama juga dengan cara atau trik sebelum ini yang hanya boleh digunakan dalam masa yang singkat sahaja.

Kalau anda betul-betul inginkan unlimited internet, hanya Streamyx dan Umobile sahaja yang betul-betul menawarkan unlimited kuota internet di Malaysia ini. Sayangnya, dua-dua ini tak ada pakej spesifik untuk mobile prepaid atau postpaid walaupun anda tetap masih boleh gunakan WiFi di coverage area.

10 Replies to “Cara Unlimitkan Kuota Celcom Internet Terkini

  1. Selagi pembekal talian telefon dan internet di monopoli oleh celcom digi dan maxis selagi tu mereka tak akan ada promosi gila gila… sebab mereka kontrol market

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *