Cara Verify Akaun Paypal Di Malaysia Dengan Mudah

Tutorial cara verify akaun Paypal di Malaysia dengan mudah. Anda mesti pernah dengar tentang Paypal bukan? So, kali ini admin hendak kongsikan tips tutorial cara verify akaun Paypal dengan mudah.

Mula-mula buka akaun Paypal di website Paypal kalau belum ada akaun. Isi seperti biasa dan detail yang diperlukan. Jangan sesekali guna nama palsu! Sila gunakan nama anda yang sebenar seperti yang tertulis di kad pengenalan (IC) anda. Seterusnya, cara untuk verify akaun Paypal anda ialah dengan klik Get Verified di akaun Paypal yang telah anda buat tadi. Seterusnya, pilih jenis kad yang anda ingin gunakan untuk verify akun anda.

Tutorial Cara Verify Akaun Paypal Di Malaysia Dengan Mudah

Contoh, admin gunakan Debit Card Maybank. Seterusnya pilih Visa dan masukan nombor kad anda berserta dengan expiration date. Kedua-dua maklumat ini boleh anda peroleh di kad bank anda itu kalau anda tengok betul-betul. Lain orang, lain nombor kad bank.

Anda kemudiannya akan mendapat email yang mengatakan bahawa anda telahpun link kan akaun Paypal anda dengan kad bank anda tadi (Credit card or Debit card) pada tarikh yang dinyatakan. Anda akan dikenakan caj sebanyak RM10 dan anda perlu masukan Paypal Code supaya akaun anda approve sepenuhnya. Dimana cari Paypal Code? Paypal Code ini boleh dijumpai di akaun maybank2u di bahagian debit history dan merupakan 4 digit nombor. Anda mungkin perlu tunggu lebih kurang 48 jam untuk Paypal Code ini muncul di debit card history di akaun maybank2u anda.

Pergi ke Account & Banking > Select Your Account > Account Detail >Debit Card History.

Cara Verify Akaun Paypal Di Malaysia Dengan Mudah

Selepas Paypal Code ini muncul di akaun anda, anda cuma perlu enter 4 digit nombor tersebut di akaun Paypal anda untuk diproses sebelum akaun anda fully approve. Caj RM10 yang dikenakan pada awalnya akan dikembalikan semula kepada anda di akaun Paypal anda.

Anda sekarang sudahpun berjaya verify akaun Paypal anda.

One Reply to “Cara Verify Akaun Paypal Di Malaysia Dengan Mudah”

  1. Terima kasih dengan penjalasan itu…namun bagi pengguna malaysia.. paypal ni kan bahasanya bi…lagi best bahasa nya bm…huu tak semuanya orang faham bi kan….apa pun kamu memang best.. tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *