Cinta WeChat, Jumpa Jodoh Melalui Aplikasi Sosial WeChat

Ini adalah perkongsian daripada seorang pengguna media social Ab hafiz mat deris akan bagaimana dia bertemu cinta WeChat , jodoh dengan isterinya melalui WeChat. Aplikasi WeChat yang dianggap sebagai satu aplikasi yang agak bahaya digunakan terutama oleh remaja yang kurang matang seperti kena rogol dan sebagainya tetapi sebenarnya juga ada banyak kelebihannya jika digunakan dengan betul seperti untuk berniaga dan tidak kurang juga yang cari kawan dan jodoh. Cinta WeChat, Jumpa Jodoh Melalui Aplikasi Sosial WeChat

Cinta WeChat, Jumpa Jodoh Melalui Aplikasi Sosial WeChat Cinta wechat…..
Rasa mcm kelakar je…,tp Allah dh aturkan smuanya..mula2 jumpa x ada perasaan cinta pn dekat isteri sy……bila kluar bersama,dlm masa smggu perasaan syg dtg dgn tiba2,di situ lah berputik nya cinta kami berdua,ckup la slama nie hati sy terseksa dgn cinta monyet…tp Allah hadirkan insan yg teristimewa kepada sy, kenal dlm 3 mggu sy perkenalkan isteri sy pada family,alhamdulillah family blh trima,dlm masa 2 bulan kami ikat tali pertunangan,mcm2 dugaan yg dtg…tp alhamdulillah pada tarikh 29/4/2017 kami telah disatukan sbagai suami isteri..trima kasih pada sahabat2 jiran tertangga,family sy,f amily isteri sy yang menjayakan majlis kami berdua.. (sumber FB: Ab hafiz mat deris)

Walaupun berbeza umur sebanyak 7 tahun, tapi itu tidak bermakna apa-apa buat mereka kerana keduanya mempunyai minat yang sama iaitu memasak. Menurut si isterinya, Nur Fatihah Mohd Ali:

“Sehari selepas berkomunikasi menerusi kiriman teks di aplikasi berkenaan, suami yang kebetulan ketika itu bertugas di sebuah penjara di Bentong, Pahang terus menyatakan keinginan untuk berjumpa dengan saya yang memang menetap di Bentong.

“Pada kali pertama berjumpa, timbul perasaan suka dengannya yang dilihat matang dan banyak memberi kata-kata nasihat ke arah kebaikan. 3 minggu kemudian suami menyatakan untuk membawa saya berjumpa keluarganya,” katanya yang juga anak tunggal.

Semoga pasangan suami isteri hidup bahagia bersama-sama.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Kakipromo.com