Contoh Soalan Temuduga Latihan Separa Perubatan SPA

Contoh Soalan Temuduga Latihan Separa Perubatan SPA terbaru. Adakah anda sudah membuat persiapan menjawab soalan temuduga latihan separa perubatan? Jangan sia-siakan peluang anda apabila berjaya dipanggil temuduga latihan separa perubatan kerana peluang mungkin tidak muncul kali kedua.

Semasa hari temuduga latihan separa perubatan, anda dinasihatkan datang awak dan berpakaian kemas dan sopan serta bawa semua benda wajib interview seperti kad pengenalan, cover letter, resume,  dan sijil-sijil kelayakan dan berkaitan. Mula-mula sekali anda akan diberi ujian secara bertulis iaitu soalan berkaitan dengan minat anda sebanyak 200 lebih soalan. Jawapannya mudah sahaja cuma pilih Ya atau Tidak.

Antara contoh soalan popular temuduga latihan separa perubatan:

  • Soalan wajib iaitu sila perkenalkan diri anda.
  • Anda minat menceburi bidang ini?
  • Kenapa anda berminat dengan bidang latihan separa perubatan?
  • Apa pencapaian terbaik anda dari zaman persekolahan sehingga alam pekerjaan kini?
  • Apa beza hospital dan klinik?
  • Apa yang anda faham mengenai Klinik 1 Malaysia?
  • Apa bidang latihan separa perubatan pilihan anda?
  • Apa bidang separa perubatan yang anda tahu?
  • Apa kerja dalam bidang separa perubatan?
  • Berapa lama latihan separa perubatan di Malaysia?
  • Apa isu semasa penyakit sekarang ini yang anda tahu?
  • Misi dan Visi Kementerian Kesihatan Malaysia?
  • Apa jabatan yang terdapat di hospital?
  • Apa kelemahan sistem kesihatan di Malaysia dan cadangan anda untuk memperbaikinya?
  • Siapa Menteri Kesihatan Malaysia dan timbalan menteri kesihatan?
  • Siapa Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia sekarang?
  • Mengapa kami harus pilih anda?
  • Apa kelemahan dan kelebihan anda?
  • Awak ada apa-apa soalan kepada kami (penemuduga) sebelum kita selesai?

Antara contoh soalan temuduga latihan separa perubatan jenis situasi dan trick dari pengalaman beberapa calon:

  • Jika anda seorang pekerja kerajaan dan dipindahkan kerja ke tempat lain contohnya dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan sebaliknya, adakah anda akan bersetuju dan terus memberi yang terbaik?
  • Apa yang anda akan lakukan untuk memberi layanan yang baik dan sama-rata kepada semua pesakit yang berlainan jantina, bangsa, agama dan dari semua peringkat umur. Yang mana satu anda akan layan dahulu dengan adil dan semua pihak berpuas hati?

Contoh Soalan Temuduga Latihan Separa Perubatan SPA

Senarai Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma:

  1. Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  2. Latihan Jurupulih Perubatan (Anggota)
  3. Latihan Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)
  4. Latihan Jururawat
  5. Latihan Jururawat Pergigian
  6. Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
  7. Latihan Juruteknologi Pergigian
  8. Latihan Juru X-Ray
  9. Latihan Penolong Pegawai Farmasi
  10. Latihan Penolong Pegawai Perubatan

Senarai Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil:

  1. Latihan Jururawat Masyarakat
  2. Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
  3. Latihan Pembantu Kesihatan Awam

Persiapan yang bagus dan teratur boleh menjadi penentu sama ada kita berjaya atau tidak. Jika anda ingin menggunakan peluang yang ada dengan sebaik-baiknya anda boleh membuat persediaan dengan memiliki panduan rahsia lulus peperiksaan dan temuduga separa perubatan.

Secara amnya, panduan ini mempunyai 6 modul yang menerangkan dengan detail tentang apa yang kita perlu tahu dan ingin tahu:

  1. Pengenalan Separa Perubatan (Modul 1)
  2. Rahsia Kejayaan Temuduga (Modul 2)
  3. Soalan-soalan Separa Perubatan (Modul 3)
  4. Soalan Peperiksaan Khas Psikologi (Modul 4)
  5. Resume Separa Perubatan (Modul 5)
  6. Pelengkap Modul Separa Perubatan (Modul 6)

Anda boleh dapatkan Panduan Lulus Temuduga Separa Perubatan Terbaru (6 Modul) di bawah:

Soalan Temuduga Latihan Separa Perubatan

 

 

Semoga dengan contoh soalan temuduga latihan separa perubatan yang disediakan dan persiapan yang rapi dan penuh yakin, anda akan berjaya menjawab soalan-soalan penemuduga dengan tenang dan baik. All the best 🙂

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *