Contoh Soalan Wajib Interview Dan Jawapan Terbaik

Entri kali ini ialah kesinambungan tips kerjaya dan bertajuk contoh soalan wajib interview dan jawapan terbaik untuk dijadikan panduan. Pertama sekali, Tahniah kepada anda yang berjaya mendapat peluang interview. Sekarang anda melangkah ke step seterusnya dalam cari kerja kosong iaitu interview.

Anda perlu membuat persiapan mental untuk menghadapi sebarang kemungkinan soalan yang bakal ditanya oleh penemuduga anda. Anda perlu biasakan diri anda untuk menjawab soalan yang biasa ditanya ketika temuduga supaya anda kelihatan meyakinkan dan pertuturan anda lancar.

Contoh Soalan Wajib Interview Dan Jawapan Terbaik

Dibawah ini ialah beberapa soalan wajib interview dan contoh jawapan terbaik yang mungkin boleh dijadikan panduan anda.

6 Soalan Wajib Interview dan Jawapan Terbaik:

Please Introduce Yourself

Soalan yang biasa ditanya dan agak general. Anda tidak perlu menceritakan semua tentang diri anda. Cadangan bagi jawapan anda ialah beritahu nama, umur, asal dari mana, kelayakan dan berapa lama pengalaman yang anda ada.

My name is Daryl Dixon and i come from Shah Alam, Selangor. I am 30 years old and i’m degree holder in Electrical Engineering from University Technology Malaysia. I have three year working experience in electrical and electronic industry……..

What is your expected Salary

Soalan ini agak payah untuk dijawab kalau anda memang tidak tahu mengenai struktur gaji di company tersebut. Anda perlu mengelakan memberi angka yang terlalu tinggi dan juga terlalu rendah. Cadangan jawapan bagi soalan expected salary ini ialah beri jawapan anda dalam range seperti RM2000 hingga RM2400. Anda boleh meletakan value yang tinggi jika anda merasakan anda mempunyai kelayakan dan working experience yang lama. Walaubagaimanapun anda tidak akan dapat mengelak kalau penemuduga ingin jawapan yang tepat. Oleh itu, sila bersedia dengan jawapan kepada soalan ini terlebih dahulu sebelum temuduga untuk jawatan kosong tersebut

What is your strength

Soalan ini anda kena tahu kelebihan yang ada pada anda. Sekiranya iklan vacancy kerja tersebut ada memaparkan mengenai skill contohnya software AutoCad. Anda boleh memberitahu bahawa anda pandai menggunakan software AutoCAD dengan baik. Selain itu, anda juga boleh menekankan mengenai leadership anda sama ada di zaman study ataupun di tempat kerja yang lama. Sila elakan menjawab soalain ini dengan jawapan seperti I’m hardworking, can work overtime dan sebagainya sebab anda tidak dapat buktikannya. Penemuduga juga mungkin akan beranggapan anda hanya main cakap sahaja.

What is your weakness

Setiap orang mempunyai kelemahan tersendiri, ingat nobody perfect! jangan kata anda tidak mempunyai sebarang kelemahan pula. Cadangan untuk menjawab soalan ini beritahu weakness yang anda sudah atasi seperti anda suka membuat kerja last minit, tetapi kemudian anda sedar bahawa kerja adalah menjadi lebih bagus kalau membuat kerja lebih awal dan anda membuat jadual sendiri untuk menyiapkan sesuatu kerja.

Why we should hire you

Kenapa company patut mengambil awak bekerja? Semasa menjawab soalan ini, anda kena memberi jawapan yang meyakinkan seperti anda mempunyai kelayakan dan skill yang diperlukan serta anda boleh membantu company untuk berkembang dengan lebih baik. Sekiranya anda mempunyai pengalaman kerja, anda boleh tekankan aspek yang penting dan berkaitan dengan jawatan yang anda minta.

Where do you see yourself 5 year from now

Apa yang akan berlaku kepada anda 5 tahun akan datang? Cadangan jawapan ini ialah anda akan menjadi seorang pekerja senior yang tahu mengenai cara company bekerja dan anda akan boleh menjadi leader dalam group untuk sesuatu project dan juga boleh membantu pekerja-pekerja baru.

Contoh Soalan Wajib Interview Dan Jawapan Terbaik Contoh

Salah satu tips yang mudah untuk menjawab soalan wajib interview dan jawapan contoh terbaik melalui carian internet. Terdapat banyak tips interview dan contoh soalan yang biasa ditanya ketika temuduga berserta jawapan yang boleh anda rujuk dan combine untuk pilih yang terbaik untuk persiapan anda. Diharapkan contoh soalan wajib interview dan jawapan contoh dalam entry ini sedikit sebanyak boleh membantu anda untuk membuat persedian sebelum temuduga.

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Kakipromo.com