Contoh Surat Berhenti Kerja Terbaik (Notis Berhenti Kerja)

Anda tahu contoh surat berhenti kerja terbaik untuk rujukan anda? Anda ingin pindah kerja disebabkan mendapat tawaran yang lebih baik di tempat lain atau kerja sekarang tidak menarik minat anda untuk bekerja dalam pretasi terbaik anda atau ingin melanjutkan pelajaran atau bekerja sendiri atau banyak lagi alasan yang anda sendiri tahu.

So, bagaimana membuat surat berhenti kerja terbaik untuk anda dan juga majikan anda sekarang. Kita tidak akan tahu apa yang berlaku di masa depan, iaitu mungkin kita akan berurusan semula dengan majikan/company yang kita kerja sekarang. Oleh itu, cara yang bagus ialah keluar dari company dengan cara yang bai iaitu dengan menulis notis berhenti kerja.

Anda boleh menulis surat berhenti kerja dalam bahasa Inggeris, bahasa Melayu ataupun dengan kata lain, bahasa yang difahami oleh majikan anda. Jika anda tidak pasti, anda boleh saja cari di internet contoh surat berhenti kerja dan ubah sikit-sikit ayat mengikut kesesuaian anda.

Contoh Surat Berhenti Kerja Terbaik, Contoh Notis berhenti Kerja

Contoh Surat Berhenti Kerja terbaik  atau contoh Notis Berhenti Kerja terbaik. Anda boleh copy dan edit sikit-sikit mengikut kesesuaian anda:

Lee Chung Wei
No. 5757, Taman KakiPromo
454517, Bukit Beruang,
Melaka.

___________________________________________________________________________________________________

Human Resources Manager,
Malacca Energy Sdn Bhd,
8th Floor, Wisma KPromo,
Jalan Hang Tuah,
454551, Melaka                                                                                         1 Julai 2015

Tuan,

NOTIS BERHENTI KERJA 30 HARI

Merujuk kepada perkara di atas, saya Lee Chung Wei,  ingin memaklumkan kepada pihak tuan bahawa saya ingin meletakan jawatan sebagai juruteknik dalam bahagian Elektrikal pada 31 Julai 2015 iaitu 1 bulan (30 hari) dari sekarang.

Sebab saya berhenti kerja adalah disebabkan saya ingin melanjutkan pelajaran saya di Universiti Malaysia Sarawak yang akan bermula hujung bulan hadapan…. ATAU Saya ingin balik ke negeri kelahiran/tempat asal saya sebab masalah keluarga yang membuatkan saya terpaksa ulang-alik ke tempat asal saya dengan kerap,ATAU anda buat alasan terbaik berhenti kerja yang berkaitan dengan anda.

Terima kasih kepada pihak syarikat kerana memberi saya peluang untuk bekerja di sini dan saya akan terus memberikan yang terbaik untuk syarikat selama saya masih bekerja di sini. Saya harapkan syarikat ini akan terus berkembang maju pada masa akan datang.

Sekian,

Terima Kasih,

Yang Benar.

————————————————

(Lee Chung Wei)

850101-18-7273

Akhir sekali, sebelum anda mengambil keputusan untuk menulis surat berhenti kerja, pastikan anda sudah fikir banyak kali untuk berhenti kerja sama ada berbaloi atau tidak untuk masa depan anda bagi mengelakan anda menyesal di kemudian hari. Anda boleh ikut format contoh surat berhenti kerja terbaik di carian internet atau edit saja contoh notis berhenti kerja di atas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *