Contoh Tips Resume Kerja Terbaik dan Format Lengkap

Tips Resume Kerja Terbaik dan lengkap untuk pencari kerja. Apa itu resume? Ringkasnya, Resume ialah detail yang diperlukan oleh mencari kerja. Contoh resume kerja yang terbaik adalah resume yang mengandungi personal summary, education background, working experience, skill dan sebagainya.

Terdapat banyak contoh resume bahasa Inggeris atau contoh resume bahasa melayu yang boles anda cari di internet/google. Admin nak berkongsi sikit tentang sedikit format contoh resume lengkap atau antara contoh resume terbaik untuk pencari kerja dalam usaha mengisi jawatan kosong di sesuatu company.

APA YANG PENTING DAN WAJIB DALAM RESUME KERJA TERBAIK DAN LENGKAP?

Personal Summary

  • Nama Penuh Pemohon
  • Jantina
  • Alamat
  • IC Number
  • Gambar Saiz Pasport
  • No. Telefon & Email
  • Status (Single/Married)

Career Objective (Optional)

  • Letakan objektif dan matlamat kerjaya anda secara general.

Education Background

  • Letak kelayakan yang tertinggi di atas. Contohnya kalau ada degree dan diploma, letak Degree terlebih dahulu.
  1.  Degree
  2.  Diploma
  3.  STPM
  4.  Sijil
  5. SPM
  6. PT3/PMR/SRP
  • Begitu juga kalau anda mempunyai kelayakan Master dan PHD, letakan kelayakan tertinggi di atas.
  • Pemohon kerja tidak perlu meletakan semua kelayakan, contohnya kalau kelayakan tertinggi pemohon ialah Diploma, pemohon boleh senaraikan sehingga SPM.
  • Recommend: Minimum tiga kelayakan tertinggi kecuali diminta dalam vacancy yang dipohon.

Working Experiences

  • Senaraikan mengikut pengalaman bekerja yang paling baharu. Jika Pemohon ialah Fresh graduate, pemohon boleh menyenaraikan pengalaman ketika menjalani Industrial Training/Practical/Internship semasa belajar dahulu.

Extra-Curricular Activities

  • Senaraikan persatuan/kelab yang pernah anda sertai serta jawatan.
  • Senaraikan kalau anda pernah mewakili sekolah, kolej, universiti, daerah, bahagian, negeri, negara dalam mana-mana aktiviti.

Skills

  • Senaraikan skill atau kemahiran yang anda ada.
  • Contoh: Microsoft Word/Excel/Power Point, AutoCAD, Multisim etc
  • Anda juga boleh senaraikan kursus kemahiran yang pernah ambil.
  • Language Skill: English, Malay, Mandarin, Tamil, Japanese, Iban, Dusun, Bidayuh, Kenyah etc

Award and Honours (optional)

  • Nyatakan anugerah yang pernah anda terima. Contoh: Anugerah Dekan, Pelajar Terbaik, Pekerja Terbaik, etc

Expected Salary (Optional)

  • Bahagian ini walaupun nampak simple, tapi sebenarnya agak sukar untuk letak value expected salary. Tips untuk isi bahagian expected salary ini ialah sebaik-baiknya isi kalau perlu sahaja untuk resume dan tips kalau ditanya ketika interview ialah berikan dalam julat (Example: RM1500-RM1800).

References:

  • Letakan seboleh-bolehnya dua orang yang boleh dihubungi untuk rujukan, biasanya Bos/Supervisor tempat kerja anda terdahulu beserta dengan nombor telefon pejabat.
  • Bagi Fresh Graduate, anda boleh letak nama Pensyarah anda beserta dengan nombor telefon (pejabat)

Tips Contoh Resume Kerja Terbaik Dan Lengkap Format

Tips Contoh Resume Kerja Lengkap dan Terbaik:

  1. Contoh resume kerja terbaik sebaik-baiknya menggunakan Bahasa Inggeris dan detail yang lengkap.
  2. Sila buat resume anda dengan sebaik yang boleh sebab resume lengkap dan terbaik akan meningkatkan lagi peluang anda dipanggil untuk Interview.
  3. Resume dan cover letter yang lengkap sangat penting jika anda memohon pekerjaan secara online untuk mendapatkan peluang ditemuduga.
  4. Fresh Graduate yang mempunyai grade pointer (CGPA) yang rendah tetapi mempunyai resume yang lengkap dan terbaik boleh menarik perhatian para majikan untuk mengambil bekerja berbanding dengan fresh graduate yang mempunyai pointer lebih tinggi tetapi resume kurang menarik perhatian majikan.
  5. Buat resume kerja dengan ringkas tapi padat. Pemohon kerja digalakan untuk membuat resume kerja maksimum 2 page kecuali anda sudah mempunyai banyak experiences dan related skills.

Semoga anda semua berjaya dalam permohoan kerja untuk mengisi jawatan kosong dalam company yang anda minta. Anda boleh tengok format resume yang lengkap di sini –> Contoh Format Resume Kerja Dengan Detail Penulisan

3 Replies to “Contoh Tips Resume Kerja Terbaik dan Format Lengkap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *