Gaji Polis Konstabel Di Malaysia Dan Syarat Permohonan Polis

Adakah anda tahu berapa gaji Polis Konstabel di Malaysia dan syarat permohonan untuk menjadi seorang polis Konstabel? Ada tak dikalangan anda yang berminat atau bercita-cita menjadi seorang polis? Jawatan Polis Konstabel boleh dipohon sebaik sahaja anda berumur 18 tahun dan mempunyai sijil SPM.

Berapa Gaji Polis Konstabel di Malaysia?
Gaji Permulaan Polis Konstabel di Malaysia ialah minimum RM1031.61 dan maksimum RM2433.90 pada peringkat P1. Peringkat P2, gaji minimum ialah RM1081.56 dan maksimum RM2540.49. Peringkat P3 pula, gaji minimum ialah RM1151.46 dan gaji maksimum ialah RM2649.49. Mereka yang bekerja sebagai Polis Konstabel juga akan memperoleh kadar kenaikan gaji sebanyak RM100 setiap tahun.

Berapa Gaji Polis Konstabel Di Malaysia Dan Syarat Permohonan Polis

Apa syarat permohonan Polis Konstabel di Malaysia sekarang ini?

Bagi yang ingin tahu, syarat permohonan bagi jawatan Polis Konstabel adalah mengikut Pekeliling Bilangan 25 Tahun 2009 seperti di bawah:

  • Terdiri dari warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan;

Kelayakan akademik :

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
    [ Gaji Permulaan P1 : RM1,013.61 ] dan
    Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Kelayakan fizikal :

  • Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
    Tinggi sekurang-kurangnya 1.63m (lelaki) dan 1.57m (wanita) tanpa bersepatu.
  • Berat badan sekurang-kurang 50kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48kg.
  • Mempunyai ukuran indeks jisim badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.
  • Ukuran lilitan dada biasa 81cm (normal) dan semasa menarik nafas 86cm (lelaki sahaja).
  • Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V / 6 / 9 tanpa mengguna alat bantuan.
  • Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
  • Diakui sihat oleh pegawai perubatan kerajaan termasuk pemeriksaan X-Ray.

Deskripsi tugas sebagai Polis Konstabel:
Menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi di jabatan pengurusan, jabatan siasatan jenayah, jabatan siasatan jenayah komersil, jabatan keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam, jabatan logistik, jabatan siasatan jenayah narkotik dan cawangan khas. Di antara tugas-tugas tersebut ialah rondaan mencegah jenayah dan mengumpul risikan keselamatan, menangkap, mengawal, mengiring pesalah-pesalah, mengawal trafik, membuat rondaan di laut dan udara bagi mengawal perairan negara, bagi mewujudkan suasana aman dan ketenteraman di kalangan rakyat dan negara.

3 Replies to “Gaji Polis Konstabel Di Malaysia Dan Syarat Permohonan Polis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *