Guna Google Adsense Di Blog Bahasa Melayu Kini Disokong

Akhirnya setelah sekian lama, guna Google Adsense di blog bahasa Melayu telahpun disahkan mendapat support Google Adsense. Jika anda belum tahu apa itu Google Adsense, pendek kata, Google Adsense ini ialah salah satu syarikat pengiklanan blog yang sangat popular digunakan di blog/website disebabkan pulangan yang lumayan berbanding syarikat pengiklanan yang lain.

Berita baik pada tahun 2015 ini, akhirnya setelah lama menunggu, Google Adsense telahpun mengeluarkan statement bahawa mereka telahpun support bahasa Melayu untuk digunakan di blog berbahasa Melayu. Anda boleh tengok sendiri di bahagian language support, dimana Bahasa Melayu (Malay) telah pun disenaraikan sebagai salah satu bahasa yang disupport oleh Google Adsense.

Boleh Guna Google Adsense Di Blog Bahasa Melayu

Apa kelebihan Google Adsense yang telah support Bahasa Melayu? Sebenarnya banyak kelebihan Google Adsense di blog Bahasa Melayu, antaranya:

  • Permohonan untuk menjadi publisher Google Adsense juga menjadi mudah
  • Tidak perlu membuat blog bahasa Inggeris dahulu untuk dapatkan approvement dari Adsense
  • Tiada lagi risiko akaun kena banned disebabkan unsupported language

Guna Google Adsense di blog Bahasa Melayu Malaysia kini disokong

  • Earning blog anda juga pasti akan bertambah jika memakai iklan Google Adsense yang menggunakan US Dollar. Earning dalam USD kalau diconvert ke Ringgit Malaysia sekarang ini rate 1USD = RM3.62 (rate ketika entri ini ditulis).

Oleh itu jika anda sekarang ini masih belum berjaya dalam permohonan Google Adsense untuk blog anda yang menggunakan majoriti Bahasa Melayu, sila apply Google Adsense sekarang. Jika anda sudah berjaya mendapatkan akaun Google Adsense yang verified, gunakanlah dengan cara yang baik dan jangan membuat sesuatu yang melanggar T&S Google Adsense ini.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *