Haiwan Aneh Berkepala Kucing Dan Bertubuh Tikus Ditemui

Apa perasaan anda kalau terjumpa spesies haiwan aneh dan pelik yang anda tidak pernah tengok atau tahupun akan kewujudannya? Mesti majoriti besar daripada anda akan berasa takut, berdebar-debar dan berhati-hati takut kalau haiwan itu tiba-tiba bertindak agresif dan menyerang anda.

Inilah apa yang berlaku kepada satu keluarga apabila mereka mendengar bunyi aneh dan pelik di bahagian dapur dan pantry rumah mereka. Mereka memeriksa dan menemui beberapa haiwan yang pelik berkepala kucing tapi mempunyai tubuh seperti tikus.

Haiwan Aneh Berkepala Kucing Dan Bertubuh Tikus Ditemui
source: mirror.co.uk

Oleh kerana berasa takut mereka meminta pertolongan untuk bantuan dan 4 haiwan tersebut telah dibunuh manakala dua lagi haiwan tersebut dibawa ke Rustenburg Society for the Prevention of Cruelty to Animals (SPCA) untuk kajian.

Masyarakat setempat beranggapan bahawa haiwan tersebut telah disumpah (cursed) disebabkan rupanya yang pelik dak tidak dapat dijelaskan asal-usulnya. Haiwan tersebut dijumpai di sebuah rumah di Lethabong, Rustenburg, South Africa.

Disebabkan keadaan panik dan bimbang yang menyelubungi orang ramai yang melihat haiwan berkenaan yang tidak diketahui asal usul, pihak SPCA meminta supaya orang ramai bertenang dan menghubungi nombor kecemasan mereka terjumpa haiwan pelik dan berdepan dengan situasi yang serupa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *