Harga Official Samsung Galaxy S6, S6 Edge Di Malaysia

Berita bagus untuk para peminat Samsung Galaxy S6 dan Samsung Galaxy S6 Edge di Malaysia. Harga official Samsung Galaxy S6 dan juga harga official Samsung Galaxy S6 Edge di Malaysia telahpun diumumkan secara rasmi. Bagi anda yang belum tahu, kedua-dua model smartphone terbaru, Samsung Galaxy S6 dan S6 Edge telahpun dilancarkan secara rasmi di Malaysia beberapa hari yang lepas oleh Samsung Malaysia.

Harga Official Samsung Galaxy S6 di Malaysia ialah RM2599 per unit manakala harga Samsung Galaxy S6 Edge pula ialah Rm3099. Bagi anda yang mungkin tertanya-tanya, harga ini adalah sudah termasuk harga untuk GST.

Harga Official Samsung Galaxy S6, S6 Edge Di Malaysia Price

Bagaimana cara dan tempat untuk beli Samsung Galaxy S6 dan S6 Edge Di Malaysia?
Jika anda tidak sabar dan ingin menjadi antara yang terawal membeli dan menggunakan Samsung Galaxy S6 atau S6 Edge di Malaysia, anda boleh membuat pre-order di samsung.com/my sekarang (from 3 to 12 April 2015). Hanya RM300 deposit diperlukan dan anda juga akan mendapat free gift iaitu Samsung wireless charger.

Selain itu anda juga boleh membeli dan pergi sendiri ke mana-mana Samsung authorized seller di Malaysia bermula 17 April 2015 nanti. Bagi anda yang ingin tengok spesifikasi, kelebihan atau kekurangan Samsung Galaxy S6 dan S6 Edge ini, boleh tengok entri di bawah ini:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *