Harga Samsung Galaxy A8 Di Malaysia Dan Spesifikasi

Berapa harga Samsung Galaxy A8 di Malaysia? Untuk pengetahuan anda, Samsung Galaxy A8 telahpun dilancarkan secara rasmi oleh Samsung dan merupakan produk terbaru dalam A Series selepas Galaxy A7. Samsung Galaxy A8 ini didatangi dengan 5.7 inci Super AMOLED screen dengan 1080 x1920 pixels resolution. Galaxy A8 dilengkapi dengan sistem Android 5.1 Lollipop dan dikuatkuasakan dengan Quad-core 1.5 GHz Cortex-A53 & quad-core 1.0 GHz Cortex-A53 processor serta 2GB RAM.

Smartphone Samsung Galaxy A8 ini mempunyai saiz yang sangat nipis iaitu 5.9mm dan sekaligus menjadikannya sebagai Smartphone ternipis Samsung setakat ini yang sebelum ini dipegang oleh Samsung Galaxy A7. Dari segi kualiti kamera juga telah dipertingkatkan dengan 16MP (megapixels) di bahagian belakang serta 5MP di bahagian hadapan. Selain itu, satu lagi kelebihan Samsung Galaxy A8 ialah saiz bateri yang besar dengan 3050mAh disediakan.

harga samsung galaxy a8 di malaysia dan kelebihan spesifikasi

Selain itu, 16GB/32GB memori dalaman disediakan dan kalau saiz memori dalaman tidak mencukupi buat anda, anda tidak perlu risau sebab ada microSD card slot disediakan untuk penambahan memori sehingga 128GB yang pastinya sudah lebih dari mencukupi.

Spesifikasi Samsung Galaxy A8 dan Feature Penting:

  • 5.7 inch Full HD screen
  • Android 5.1 Lollipop
  • Qualcomm Snapdragon 615 processor
  • Quad-core 1.5 GHz Cortex-A53 & quad-core 1.0 GHz Cortex-A53 processor
  • 2GB RAM
  • 16MP (megapixels) camera, LED Flash and autofocus
  • 5MP secondary camera
  • 16GB/32GB memory storage
  • microSD card slot (up to 128GB)
  • Connectivity (WLAN, Bluetooth, NFC, Infrared, microUSB, GPS)
  • FM Radio
  • Document viewer/editor
  • Photo/video editor
  • 4G LTE
  • Dual-SIM (sharing with Card Slot)
  • Fingerprint Sensor
  • Weight, 151g
  • 3050 mAh battery

Walaubagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada Samsung Galaxy A8 ini mempunyai feature notification light atau tidak. Sebelum ini, Galaxy A3, Galaxy A5 dan Galaxy A7 tidak mempunyai notification light walaupun anda boleh sahaja menggunakan aplikasi alternatif untuk notification light yang banyak disediakan di Playstore.

berapa harga samsung galaxy a8 di Malaysia price

Berapa harga Samsung Galaxy A8 di Malaysia (Price)?
Harga Samsung Galaxy A8 di Malaysia nanti apabila dilancarkan adalah diramalkan sekitar RM1888. Walaubagaimanapun, diharapkan para peminat Samsung di Malaysia bersabar sebab mungkin perlu tunggu beberapa bulan lagi untuk Samsung Galaxy A8 ini dilancarkan di Malaysia. Pastikan anda beli yang original dengan menggunakan tips menyemak Smartphone Samsung Original atau tidak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *