Harga Samsung Galaxy Note Edge Di Malaysia (Official Price)

Samsung Galaxy Note Edge akan memasuki pasaran Malaysia pada awal bulan Februari 2015. Mesti ramai tertanya -tanya berapa harga Samsung Galaxy Note Edge di Malaysia ni kan?

Bagi anda yang masih tertanya-tanya apa sebenarnya Samsung Galaxy Note Edge ini, untuk pengetahuan anda semua Samsung Galaxy Note Edge ini ialah Smartphone Samsung yang mempunyai spesifikasi yang lebih kurang sama dengan Samsung Galaxy Note 4 tetapi mempunyai design yang lebih menarik. Samsung Galaxy Note Edge mempunyai design yang sangat menarik dengan curve di bahagian tepi.

Berapa Harga Samsung Galaxy Note Edge Di Malaysia (Official Price)

Samsung Galaxy Note Edge didatangi dengan 5.6 inch screen display dan mempunyai kualiti display yang sedikit lebih baik berbanding dengan Galaxy Note 4. (Galaxy Note Edge = 524 PPI, Galaxy Note 4 = 515 PPI).  Seperti juga Samsung Galaxy Note 4, Samsung Galaxy Note Edge juga mempunyai feature untuk fast charging yang membolehkan pengguna untuk mengecas bateri mereka dari 0% hingga 50% dalam masa 30 minit sahaja berbanding masa normal iaitu lebih kurang 55 minit.

Samsung Galaxy Note Edge Specifications:

Berapa Harga Samsung Galaxy Note Edge Di Malaysia (Official Price)

Berapa harga Samsung Galaxy Note Edge di Malaysia?

Harga Samsung Galaxy Note Edge di Malaysia ialah RM2999 per unit iaitu RM500 lebih mahal berbanding harga Samsung Galaxy Note 4 di Malaysia. Harga ini sekaligus menjadikan Samsung Galaxy Note Edge ini Smartphone termahal Samsung di Malaysia apabila dilancarkan bulan depan. Adakah anda berniat untuk Samsung Galaxy Note Edge ini nanti atau tidak jadi sebab harganya yang agak mahal dan kemasukannya yang agak lambat ke pasaran Malaysia? Atau anda berniat untuk tunggu Samsung Galaxy S6?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *