Harga Samsung Galaxy Tab 3V Di Malaysia (Tablet Murah)

Good news untuk para peminat Samsung di Malaysia. Tablet terbaru, Samsung Galaxy Tab 3V telahpun mula berada di pasaran Malaysia beberapa hari yang lepas. Berapa harga Samsung Galaxy Tab 3V di Malaysia? Tablet Samsung Galaxy Tab 3V ini ialah tablet murah Samsung kategori entry-level tablet dan berharga cuma RM499 per unit. Murah bukan? ­čÖé

Spesifikasi Samsung Galaxy Tab 3V, tablet ini didatangi dengan saiz 7 inci dan menggunakan sistem operasi Android KitKat, 1.3 GHz Quad-Core processor dan 1GB RAM. Pengguna juga akan mendapat 8GB memory storage yang disediakan dalam tablet ini. Jika anda merasakan saiz memori 8GB tidak mencukupi untuk anda, anda tidak perlu risau sebab anda masih boleh menambah memory Samsung Galaxy 3V anda sehingga sebanyak 32GB lagi dengan menggunakan microSD card. Tablet ini juga mempunyai sokongan 3G dan 2MP (megapixels camera).

Harga Samsung Galaxy Tab 3V Di Malaysia (Tablet Murah)

Jika anda sedang mencari tablet murah di Malaysia dan berharga RM500 ke bawah, tablet Samsung Galaxy 3V ini mungkin tablet yang menepati kehendak dan kemampuan anda dengan harga Samsung Galaxy 3V di Malaysia ini cuma Rm499 sahaja. Tablet ini juga sesuai dan senang untuk dibawa kemana-mana disebabkan saiznya yang kecil iaitu 7 inci dan juga ringan.

source: FB Samsung Mobile Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *