Harga Smartphone Xiaomi Mi4i Di Malaysia dan Spesifikasi

Adakah anda salah seorang peminat yang menanti Smartphone Xiaomi Mi4i di Malaysia dilancarkan? Akhirnya penantian peminat Smartphone murah mampu milik tetapi berspesifikasi tinggi iaitu Xiaomi Mi4i telah berakhir. Xiaomi Malaysia telah membuat pelancaran Xiaomi Mi4i secara official di Malaysia pada hari ini.

Harga Xiaomi Mi4i di Malaysia ialah RM749 per unit (termasuk GST). Xiaomi Mi4i didatangi dengan 5 inci saiz screen dengan full HD 1080p display. Smartphone ini dikuatkuasakan dengan 64 Bit Octa-core 1.7GHz Snapdragon 615 processor serta 2GB RAM. Dengan perlancaran Smartphone Dual SIM dengan sokongan rangkaian 4g LTE ini, pastinya kita akan mempunyai banyak pilihan untuk memilih atau Smartphone yang baru, bukan? Jom kita tengok kelebihan dan kekurangan Smartphone Xiaomi Mi4i di Malaysia ini.

Harga Smartphone Xiaomi Mi4i Di Malaysia dan Spesifikasi Kelebihan

Kelebihan Smartphone Xiaomi Mi4i di Malaysia:

  1. Harga murah dan mampu milik
  2. Ringan, berat cuma 130g dan mudah untuk dibawa ke mana-mana
  3. Full HD Display, 1080p dengan 441 PPI memastikan anda mendapat skrin yang sangat jelas dan menarik.
  4. Dual SIM-Boleh digunakan untuk dua SIM Card pada masa yang sama
  5. Kapasiti bateri yang besar (3120 mAh) membolehkan Smartphone Xiaomi Mi4i bertahan lebih daripada sehari suntuk walaupun dengan penggunaan yang kerap (heavy user).
  6. 5MP camera di bahagian hadapan membolehkan kita mengambil gambar Selfie dengan jelas.
  7. Feature fast charging yang disediakan membolehkan proses chargingi Smartphone ini lebih cepat.

Kekurangan Smartphone Xiaomi Mi4i di Malaysia:

  1. Saiz memori dalaman (16GB) yang dianggap agak kecil untuk sesetengah orang serta tiada card slot disediakan untuk sebarang penambahan memori.Harga Smartphone Xiaomi Mi4i Di Malaysia dan Spesifikasi

Spesifikasi Xiaomi Mi4i di Malaysia:
MIUI 6 (Android 5.0 Lollipop)
5 inci Full HD, 1080p (441 ppi)
1.7GHz Octa Core Snapdragon 615 processor
2GB RAM
16GB memori storage
13MP (megapixels) camera, dual LED, autofocus
5MP secondary camera
FM Radio
Dual SIM
3120 mAh battery
WLAN, Bluetooth, GPS, microUSB
Weight 130g

Xiaomi Mi4i ini adalah Smartphone yang sangat menarik pada pandangan kami dari segi spesifikasi dan juga harganya. Dengan harga cuma RM749, tidak banyak smartphone yang mampu menawarkan skrin Full HD display dengan kapasiti bateri yang agak besar serta sokongan rangkaian 4G LTE. Untuk maklumat yang lebih detail, sila layari laman web rasmi Xiaomi Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *