Sony telahpun melancarkan Sony Xperia Z3 Plus iaitu versi global untuk Sony Xperia Z4 yang dilancarkan di Japan baru-baru ini. Mesti ramai peminat Sony yang tidak sabar tunggu kedatangan Sony Xperia Z3 Plus di Malaysia, bukan? Sony Xperia Z3+ ini mempunyai design yang hampir sama dengan versi yang terdahulu dan masih mengekalkan ciri-ciri kalis air dan debu(IP65/68 certified) yang sehingga kini menjadi salah satu daya tarikan utama untuk Smartphone Sony Xperia Z Series.
Sony Xperia Z3 Plus didatangi dengan 5.2 inci skrin dengan 1080p resolution (424ppi). Xperia Z3+ menggunakan Android 5.0 Lollipop dan Quad Core Qualcomm Snapdragon 810 processor dan juga 3GB RAM. Xperia Z3 Plus ini adalah lebih nipis berbanding versi terdahulu dengan ketebalan cuma 6.9mm.
Feature & Spesifikasi Sony Xperia Z3 Plus:
- 5.2 inch screen display
- OS Android 5.0 Lollipop
- Quad Core Qualcomm Snapdragon 810
- 3GB RAM
- 32GB memori dalaman
- microSD card slot (sehingga 128GB)
- 20.7 MP (megapixels) camera LED Flash, autofocus
- 5.1MP (megapixels) secondary camera
- Connectivity (Bluetooth, WLAN, NFC, GPS, microUSB)
- Radio
- Dual SIM or Single SIM
- 2930 mAh battery
- 4g LTE support
- Fast charging battery (Quick Charge 2.0)
- Weight, 144g
Sony Xperia Z3 Plus masih lagi menggunakan 20.7MP kamera dan membuat perubahan dengan menggunakan 5.1MP kamera depan berbanding Xperia Z3 yang cuma 2.2MP. Seperti yang kita tengok untuk model-model Smartphone terbaru untuk tahun ini, 5MP kamera depan memang standard untuk Smartphone yang baru.
Kelebihan Sony Xperia Z3 Plus:
- Kalis air dan debu
- Kualiti kamera yang sangat bagus dengan ISO 12800
- Bateri yang tahan lama-Smartphone Sony memang diakui terbaik dalam hal berkenaan bateri berbanding Smartphone lain seperti Sony Xperia Z3 Compact.
- Mempunyai feature pengecasan pantas (Fast Charging)
- Binaan Nipis dan Ringan, senang dibawa ke mana-mana
- Saiz memori yang besar dan fleksibel dengan microSD card slot disediakan untuk penambahan memori
- Dual SIM, boleh guna dua SIM card pada masa yang sama
Kekurangan Sony Xperia Z3 Plus:
- Design yang agak serupa dengan versi yang lama
- Tiada OIS (Optical Image Stabilization)
- Update 24 July 2015: Harga Sony Xperia Z3 Plus di Malaysia (Dual Sim) ialah RM2599 per unit dan mula dijual mulai 24 July 2015.
Untuk lebih detail mengenai Sony Xperia Z3+, boleh layari laman web Sonymobile.com.
Dekat mana Sony Xperia Z3+ ade jual kt area KL
sudah mula dijual sekarang