Harga Sony Xperia Z4 Tablet Di Malaysia dan Spesifikasi

Spesifikasi dan harga Sony Xperia Z4 Tablet di Malaysia – Sony telah melancarkan Sony Xperia Z4, tablet yang dilengkapi dengan spesifikasi yang menyaingi high-end tablet di pasaran seperti Apple iPad 2. Tablet Sony Xperia Z4 direka dengan binaan yang lebih ringan, lebih nipis dan lebih canggih.

Sony Xperia Z4 tablet menggunakan Android OS 5.0 Lollipop dan dikuatkuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 810 processor; Quad-core 1.5 GHz Cortex-A53 & Quad-core 2 GHz Cortex-A57 CPU. Tablet ini bersaiz 10.1 inci dan mempunyai 2560 x 1600 pixels resolution dengan paparan yang lebih jelas. Sony Xperia Z4 tablet dilengkapi dengan 32GB memori dalaman dan jika pengguna mahukan memori yang lebih besar, mereka boleh menambah saiz memori dengan menggunakan microSD card sehingga 128GB.

Sony Xperia Z4 tablet specifications and features:Berapa Harga Sony Xperia Z4 Tablet Di Malaysia dan Spesifikasi

  • 10.1 inch tablet
  • Android OS 5.0 Lollipop
  • Quad-core 1.5 GHz Cortex-A53 & Quad-core 2 GHz Cortex-A57 Qualcomm Snapdragon 810 processor
  • 3GB RAM
  • 32GB memory storage
  • microSD Card Slot available (up to 128GB)
  • 8.1MP (megapixels) camera with autofocus
  • 5MP secondary camera
  • Connectivity: WLAN, Bluetooth, GPS, NFC,microUSB
  • 6000 mAh battery
  • Colors: White, Black
  • Weight, 392g
  • Dust and Waterproof, IP68 certified

Sony Xperia Z4 tablet direka dengan body yang ringan iaitu cuma 392gram berat dan sangat ringan di kalangan tablet 10 inci ke atas. Salah satu kelebihan Sony Xperia Z4 tablet yang lain daripada tablet lain ialah rekaan yang kalis air dan debu, IP68 certified. Ciri-ciri kalis air memang sudah sinonim dengan produk Sony Xperia pada masa sekarang dan Sony Xperia Z4 tablet juga tidak ketinggalan.

Berapa harga Sony Xperia Z4 Tablet di Malaysia?

Harga Sony Xperia Z4 tablet di Malaysia hanya akan diketahui apabila sudah dekat dengan tarikh pelancarannya di Malaysia nanti. Sebarang info mengenai tarikh pelancaran dan harga rasmi Sony Xperia Z4 tablet di Malaysia akan diupdate dari semasa ke semasa.

One Reply to “Harga Sony Xperia Z4 Tablet Di Malaysia dan Spesifikasi”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *