Harga Xiaomi Mi Pad Di Malaysia (Official Price)

Xiaomi Mi Pad kini mula ditawarkan untuk pasaran Malaysia. Anda tertanya-tanya berapa harga Xiaomi Mi Pad di Malaysia ini? Sebenarnya harga Xiaomi Mi Pad di Malaysia tidak mahal dan boleh dikatakan agak murah seperti juga kebanyakan produk Xaomi yang lain. Xiaomi Mi Pad official price (Malaysia) ialah RM799 per unit.

Pada bulan lepas, Xiaomi telahpun melancarkan Xiaomi Mi Note dan juga Xiaomi Mi Note Pro. Kedua-dua smartphone ini akan memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2015 ini. Sekarang ini, satu produk tablet Xiaomi, iaitu Xiaomi Mi Pad memasuki pasaran Malaysia pada bulan Februari ini.

Xiaomi Mi Pad specifications:

  • 7.9 inch screen display (2048×1536, 326ppi)
  • Android 4.4 KitKat
  • 2.2Ghz Quad-core Cortez-A15 CPU processor
  • NVIDIA Tegra K1 CPU
  • 2GB RAM
  • 16GB memory storage
  • microSD card slot (up to 128GB)
  • 8MP (megapixels) rear camera
  • 5MP secondary camera
  • Bluetooth, microUSB
  • Dual-band WiFi
  • 6700 mAh battery
  • Weight: 360g
  • Color: WhiteHarga Xiaomi Mi Pad Di Malaysia (Official Price)

Kelebihan Xiaomi Mi Pad yang boleh kita tengok ialah dari segi harga yang murah dan mampu milik. Walaubagaimanapun, satu kelemahan Xiaomi Mi Pad yang mungkin membuatkan orang berfikir  hendak beli ke tidak adalah connectivity Mi Pad ini yang cuma WiFi only. Kalau anda selalu berada di tempat yang senang dapat access WiFi, maka Xiaomi Mi Pad ini pilihan yang bagus untuk kegunaan anda dan tidak perlu membazir duit untuk produk yang lebih mahal. Detail mengenai Xiaomi Mi Pad ini boleh tengok di laman web www.mi.com/my/mipad/.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *