Honda EX5 Dream Fi Di Malaysia (Spesifikasi & Harga)

Model terbaru motosikal Honda 2015 iaitu Honda EX5 Dream FI di Malaysia telahpun diperkenalkan oleh Boon Siew Honda Sdn. Bhd. Model baru Honda EX5 Dream FI ini merupakan pengganti kepada model tahun 2013 yang lepas iaitu Honda EX5 Dream 110. Mari kita tengok spesifikasi dan mengetahui harga Honda EX5 Dream FI ini.

Motosikal Honda EX5 sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi dan merupakan salah satu kategori motosikal murah yang sangat popular di Malaysia dan menjadi pilihan ramai disebabkan daya tahan yang lasak dan mampu digunakan untuk jangkamasa yang lama sehingga 10 tahun lebih. Selain itu resale value untuk Honda EX5 juga agak bagus berbanding model motosikal yang lain.

Honda EX5 Dream Fi Di Malaysia (Spesifikasi & Harga)

Honda EX5 Dream FI di Malaysia ini merupakan model cub pertama dalam kelasnya yang dilengkapi dengan enjin baru iaitu FI yang memfokuskan kepada peningkatan kuasa dan juga menjimatkan bahan api motosikal. Ini bermakna, sistem bahan api FI ini hanya memerlukan ratio minimum bahan api+udara.

Selain itu, antara kelebihan Honda EX5 Dream FI terbaru ini berbanding model lama Honda EX5 Dream 110 ialah tangki minyak yang lebih besar iaitu 4.3 litre fuel tank. Ini bermakna, motosikal ini boleh digunakan untuk jarak jauh sehingga 250km apabila diisi penuh. Honda EX5 baru ini juga mempunyai fuel consumption yang lebih bagus. Di bawah ialah spesifikasi Honda EX5 Dream Fi:

Honda EX5 Dream Fi Di Malaysia (Spesifikasi & Harga)

Berapa harga Honda EX5 Dream FI di Malaysia?
Hara Honda EX5 Dream FI di Malaysia ialah RM4299 (kick starter) dan RM4529 (electric starter). Selain itu, pembeli juga akan bdiberi warranty selama 2 tahun atau 20,000 mileage (ikut mana yang lebih cepat). Di Malaysia, Honda EX5 2015 baru ini boleh didapati dalam 3 pilihan warna metallic iaitu merah, ungu dan hitam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *