Honor 6 Plus Di Malaysia (Harga, Spesifikasi & Kelebihan)

Untuk pengetahuan anda, Honor 6 Plus di Malaysia telahpun dilancarkan dan sudahpun mula dijual di pasaran Malaysia pada masa sekarang. Huawei Honor 6 Plus yang merupakan smartphone flagship Huawei ini mempunyai keunikan tersendiri dan salah satu kelebihan Honor 6 Plus ialah merupakan Smartphone pertama di dunia yang menggunakan Bionic Dual Parallel Camera.

Harga Honor 6 Plus di Malaysia juga masih dianggap agak competitif dan berpatutan dengan spesifikasi dan feature yang disediakan. Spesifikasi dan Kelebihan Honor 6 Plus adalah seperti berikut:

Huawei Honor 6 Plus Di Malaysia (Harga, Spesifikasi & Kelebihan)

  • Capacity battery yang besar iaitu 3600 mAh menjadikan smartphone ini tahan untuk digunakan untuk jangka masa yang lama dan perlu charging selalu.
  • Dual 8MP (megapixels) camera & 8MP secondary camera. Dalam marketing mereka, Huawei mengatakan kualiti gambar diambil dengan dual parallel camera mereka adalah setanding dengan DSLR kamera (walaupun agak mustahil untuk dipercayai, tetapi statement itu juga menggambarkan betapa tinggi mereka memandang kualiti dual parallel camera Honor 6 Plus ini)
  • 8MP secondary kamera (kamera depan) pasti menarik perhatian peminat Selfie. 8MP untuk kamera depan adalah sangat rare di market sekarang.
  • Dual SIM, kita boleh menggunakan dua SIM card pada masa yang sama dengan hanya satu smartphone sahaja. Pasti ada antara anda yang menggunakan lebih daripada satu SIM card bukan?
  • 5.5 inci Full HD Display, menjanjikan screen Honor 6 Plus ini dan clear, sharp dan menarik.
  • Honor 6 Plus menggunakan processor HiSilicon Kirin 925 (1.8GHz Quad-core Cortex-A15 CPU dan 1.3GHz quad-core Cortex-A7 CPU dengan Mali-T628 MP4 GPU).
  • Honor 6 Plus menggunakan Android 4.4 + EMUI 3.0, 3GB RAM, 32GB internal memory serta microSD card slot untuk penambahan memori sehingga 128GB.
  • Connectivity (FDD-LTE : B3/B7, TDD-LTE : B38, UMTS : B1/B8, GSM : B2/B3/B5/B8)

Bagi anda yang berminat untuk membeli smartphone Honor 6 Plus di Malaysia ini, anda boleh membeli secara online di Vmall.

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Kakipromo.com