Huawei Honor 7 Di Malaysia (Harga dan Spesifikasi)

Kalau anda peminat Smartphone, anda pasti tidak sabar mengetahui harga Huawei Honor 7 di Malaysia serta spesifikasi dan kelebihan Smartphone terbaru ini. Huawei nampaknya tidak menunggu lama untuk melancarkan Smartphone terbaru mereka iaitu Huawei Honor 7 selepas baru beberapa bulan melancarkan Huawei Honor 6 Plus. Smartphone Huawei Honor 7 ini didatangi dengan 5.2 inci skrin full HD display dengan 1080 x 1920 resolution (424PPI) dan rekaan unibody berasaskan metal (logam).

Dikuatkuasakan dengan sistem operasi Android 5.0 Lollipop, Huawei Honor 7 menggunakan Kirin 935 chipset (2.2 GHz) dan Octa-core (4 x A53 2.2Ghz and 4 x A53 1.5Ghz) processor serta 3GB atau 4GB RAM.

Huawei Honor 7 Di Malaysia (Harga dan Spesifikasi)

Spesifikasi Huawei Honor 7 & Feature Penting:

  • 5.2 inch full HD screen display
  • Android 5.0 Lollipop
  • Kirin 935 chipset
  • Octa core processor (4 x A53 2.2Ghz and 4 x A53 1.5Ghz)
  • 3GB RAM for 16B model
  • 4GB RAM for 64GB model
  • 16GB/64GB memory storage
  • microSD card slot (up to 128GB)
  • 20MP (megapixels) camera, Optical Image Stabilization, Autofocus, Dual-LED Flash
  • 8MP (megapixels) secondary camera
  • Connectivity (WLAN, NFC, Bluetooth, microUSB, GPS)
  • Fingerprint sensor
  • Fast Charging
  • 4G LTE
  • Dual SIM
  • 3100 mAh battery
  • Weight, 157g

Huawei Honor 7 ini juga didatangi dengan 3GB RAM bagi 16GB Model, manakala 4GB RAM disediakan pada model 64GB. Salah satu kelebihan Huawei Honor 7 ini sudah pasti adalah kamera 20MP (megapixels) dengan autofocus, Dual-LED Flash serta Optical Image Stabilization. Bakal pengguna terutamanya kaki Selfie pasti tertarik dengan 8MP kamera di bahagian hadapan. Selain itu, bakal pengguna juga pasti akan menyukai feature fingerprint sensor dan juga fast charging yang disediakan untuk Honor 7 ini.

Harga Huawei Honor 7 di Malaysia Price

Berapa harga Huawei Honor 7 di Malaysia?
Honor 7 ini baru sahaja dilancarkan dan kami akan membuat kemaskini mengenai harga Huawei Honor 7 di Malaysia apabila ada sebarang maklumat atau semasa pelancarannya di Malaysia nanti. Buat pengetahuan anda, Honor 7 ini dijual pada harga (CNY 1999) di China iaitu kira-kira RM1214.39 tetapi harga ini sudah pasti akan meningkat apabila dijual di Malaysia nanti. Stay Tune untuk sebarang update.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *