Jangan Basuh Telur Ayam Yang Dibeli (Ketahui Sebabnya)

Anda semua pasti pernah makan telur ayam bukan? Entri kali ini adalah berkenaan dengan persoalan yang popular mengenai telur ayam iaitu sama ada kita perlu basuh telur ayam selepas beli atau tidak? Kalau dulu kami pernah membuat entri akan khasiat telur ayam, tapi kali ini kami ingin merungkai pertanyaan sama ada telur ayam perlu basuh atau tidak. Jangan Basuh Telur Ayam Yang Dibeli (Ketahui Sebabnya)

Sebenarnya telur ayam adalah lebih baik dibiarkan tanpa dibasuh dan ini adalah sebabnya:

  • Jangan basuh telur ayam yang anda beli atau dapatkan sehinggalah pada ketika anda benar-benar ingin memasaknya. Sebabnya adalah jika anda basuh telur ayam tersebut maka lapisan yang melindungi udara dan juga bakteria akan hilang.
  • Telur ayam mampu kekal segar selama lebih kurang dua minggu jika tidak dibasuh dan tidak disimpan dalam peti sejuk.
  • Telur ayam boleh kekal segar selama lebih tiga bulan jika disimpan dalam peti sejuk tanpa dibasuh.
  • Sekiranya anda terpaksa basuh telur ayam disebabkan kotor, basuhlah dengan air suam dan telur itu hendaklah dimasak terlebih dahulu serta jangan simpan lama-lama.
  • Telur ayam yang dibasuh pula mampu bertahan selama lebih kurang dua bulan tetapi jika dibandingkan dengan telur yang tidak dibasuh pada masa sama, rasanya kurang segar.

Oleh itu, anda dinasihatkan supaya terus simpan telur ayam yang anda beli dan tidak membasuh telur ayam sehinggalah pada ketika anda ingin memasaknya supaya anda sekeluarga akan mendapat hidangan telur ayam yang lebih segar.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Kakipromo.com