Jenis Lemak Baik dan Lemak Tidak Baik Untuk Badan

Adakah anda tahu lemak sebenarnya terdiri daripada beberapa jenis lemak? Ada antara jenis lemak yang bagus dan ada juga lemak yang tidak bagus untuk tubuh kita. Jom mengenal jenis lemak baik dan lemak tidak baik untuk badan kita.

Secara amnya, jenis lemak dalam badan boleh dikategorikan kepada tiga kategori iaitu lemak tepu, lemak tidak tepu dan lemak trans. Lemak tidak tepu dikategorikan sebagai lemak baik yang bagus untuk badan kita manakala lemak tepu dan lemak trans pula dikategorikan sebagai lemak tidak baik dan tidak bagus untuk tubuh badan kita. Gambar di bawah menunjukan contoh makanan yang mempunyai kandungan lemak yang tinggi.

Jenis Lemak Baik dan Lemak Tidak Baik Untuk Badan

Lemak Tidak Tepu
Lemak tidak tepu merupakan jenis lemak baik untuk badan kerana mempunyai kandungan kolestrol LDL yang sedikit jika dibandingkan dengan lemak tepu dan lemak trans. Lemak tidak tepu boleh mengurangkan risiko penyakit seperti serangan jantung dan juga meningkatkan antibodi dalam badan kita. Contoh sumber lemak tidak tepu ialah minyak kacang soya, minyak zaitun, minyak jagung, minyak kacang, minyak biji bunga matahari dan sebagainya. Bentuk lemak tidak tepu ialah cair pada suhu bilik. [ Makanan Bakar Lemak Dengan Cepat dan Berkesan]

Lemak Tepu
Lemak tepu merupakan lemak yang diperoleh dari haiwan dan juga tumbuh-tumbuhan, contohnya daging merah, mentega. minyak sawit dan minyak kelapa. Lemak tepu merupakan lemak yang tidak baik atau lemak jahatĀ untuk badan kita sebab boleh menyebabkan darah menjadi pekat dan mudah melekat ke dinding pembuluh darah kita yang seterusnya menyebabkan peredaran darah dalam badan terjejas dan tidak lancar. Lemak tepu yang banyak boleh mendatangkan penyakit seperti darah tinggi, jantung, strok dan lain-lain lagi. Bentuk lemak tepu ialah padat seperti mentega dan tidak cair.

Lemak Trans
Lemak Trans merupakan jenis lemak yang tidak baik untuk badan. Lemak Trans pada dasarnya berasal daripada lemak tidak tepu yang dipadatkan dan mengalami proses hidrogenisasi yang menyebabkan perubahan dalam ikatan kimia pada lemak tersebut. Lemak Trans terhasil apabila minyak lemak tidak tepu yang cair bertukar ke bentuk pepejal seperti margerin. Lemak Trans boleh meningkatkan tahap kolestrol dalam badan dan tidak disarankan untuk diambil berlebihan.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Kakipromo.com