Jom Buat Duit Dengan Mobicow Di Blog

Hi, anda ada blog? Jom buat duit dengan Mobicow di blog anda sekarang. Sebelum ini, admin pernah kongsikan beberapa syarikat pengiklanan blog yang popular dan berpotensi besar untuk menjana pedapatan online melalui blog. Kali ini admin hendak kongsikan sedikit mengenai satu lagi syarikat pengiklanan blog yang agak berpotensi dan semakin popular di kalangan blogger di Malaysia ini. Syarikat pengiklanan yang admin maksudkan ialah dikenali sebagai Mobicow.

Mobicow memfokuskan kepada iklan melalui mobile-view dimana iklan hanya akan muncul apabila di paparan Smartphone atau tablet yang menggunakan mobile view. Kenapa perlu menggunakan mobile view? Sebenarnya, jika mengikut statistik semakin ramai orang online menggunakan Smartphone dan Tablet untuk melayari internet. Jangan salah faham, pengguna ini juga tetap masih menggunakan laptop/notebook/komputer untuk membuat kerja atau semasa di rumah. Tetapi, kalau di luar, penggunaan Smartphone dan Tablet memang menjadi pilihan ramai untuk online bukan?

Jom Buat Duit Dengan Mobicow Di Blog

Syarat Beriklan Dengan Mobicow?

Admin rasa tiada syarat yang spesifik dan juga tiada had minimum trafik blog untuk beriklan dengan Mobicow, cuma mungkin perlu pastikan blog anda kemas, dan tiada entri-entri atau gambar-gambar melampau (eg: terlalu seksi, ganas, dsb). Tapi pastikan juga ada trafik yang masuk, sikit-sikit pun takpe. Kalau tak ada trafik, macam mana nak jana income, betul tak?

Bagaimana Cara Cash Out Mobicow?

Mobicow bayar Publisher dia dengan USD dan  menggunakan PayPal dan akan dibayar setiap bulan iaitu pada 15hb. Anda tak ada akaun Paypal? Jangan risau sebab daftar Paypal sangat mudah dan boleh dilakukan secara online sahaja. Kalau dah terima bayaran, anda boleh transferkan dari akaun Paypal anda kepada akaun bank anda secara online dan lebih kurang 2 hari untuk diproses sebelum masuk ke akaun bank.

Berapa lama permohonan Mobicow akan Diproses?

Selepas anda mendaftar, anda akan mendapat email dari Mobicow yang headlinenya “Hello, and Welcome to Mobicow”. Selepas itu anda perlu  submit blog anda dan perlu letakan kod iklan di blog anda terlebih dahulu. Dari pengalaman admin, selepas 4 hingga 5 jam, mereka akan email balik dan mengatakan sama ada permohonan approve atau tidak. Mungkin ada yang Review Jom Buat Duit Dengan Mobicow Di Blog Permohonan Approvedapat feedback lebih cepat atau lambat sikit tapi biasa dibalas tidak sampai 24jam.

Dari yang admin tengok, earning dari Mobicow ini boleh tahan juga walaupun memang tak setanding dengan Adsense, tapi kelebihan Mobicow ini ialah iklan dia tidak kacau iklan lain yang kita letak di blog. Selain itu, pembayarannya juga tiada ada delay dan tidak scam, tidak seperti beberapa syarikat pengiklanan yang liat nak bayar Publisher mereka dan lebih teruk lagi tidak bayar langsung. Asalkan boleh menjana pendapatan online, maka apa salahnya pasang iklan Mobicow di blog, bukan? Jika ingin mencuba jana pendapatan atau buat duit dengan Mobicow boleh pergi ke laman web Mobicow.

4 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Kakipromo.com