Kad Pengenalan Hilang, Apa Tindakan Perlu Dilakukan?

Alamak! Kad Pengenalan Hilang entah di mana! Cari-cari tak jumpa! Admin pernah lebih hilang kad pengenalan sebanyak dua kali disebabkan kecuaian iaitu kehilangan dompet. Serius nak tekankan bahawa kalau hilang kad pengenalan ini memang sangat menyusahkan sebab  banyak benda yang perlu dilakukan untuk memohon semula kad pengenalan baru bagi menggantikan yang lama (hilang).

Sekiranya anda mengalami situasi MyKad hilang, tahukah apa yang perlu anda lakukan jika kad pengenalan hilang? 1st step yang anda kena ambil ialah selongkar semua harta benda di bilik,rumah, hostel, office atau mana-mana tempat anda selalu ada sebab mana tahu ada terjatuh atau terselit dimana-mana. Anda juga perlu tanya orang lain yang selalu bersama anda di tempat tinggal anda atau di tempat kerja, mungkin mereka ada terjumpa kad pengenalan anda itu.

Kad Pengenalan Hilang, Apa Tindakan Perlu Dilakukan? IC Hilang atau Mykad hilang

Andai kata anda sudah puas cari dan semua tempat pun anda sudah selongkar tapi masih tak jumpa-jumpa juga maka anda memang wajib buat laporan polis tentang kehilangan kad pengenalan anda. Di balai polis nanti, anda akan diminta untuk menceritakan bagaimana kad pengenalan anda boleh hilang untuk dicatat dan direkod oleh pihak polis. Laporan polis adalah sangat penting untuk  prosedur permohonan kad pengenalan yang baru di JPN nanti.

Sebaik sahaja urusan anda di balai polis selesai, anda kena pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pula. Anda kena pergi sendiri dan  tidak boleh wakilkan sesiapa untuk pergi kesana. Berikut ialah langkah-langkah atau prosedur bagi permohonan baru untuk kad pengenalan hilang dan mendapatkan MyKad yang baru:

Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN tanpa sebarang dokumen atau boleh membawa dokumen sokongan berikut sekiranya ada (asal dan salinan):

  1. Surat pengesahan atau Kad Kebajikan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat / Surat pengesahan dari Jabatan Hal Ehwal Orang Asli / Penghulu / Ketua Kampung / Ketua Kaum / Pejabat Daerah / Pengerusi Jawatankuasa Kerja Kampung – bagi orang-orang miskin dan daif, dan orang-orang kurang upaya (OKU).
  2. Surat pengesahan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat / Jabatan Bomba dan Penyelamat / Penghulu / Ketua Kampung / Ketua Kaum / Pejabat Daerah / Pengerusi Jawatankuasa Kerja Kampung – bagi orang-orang yang ditimpa bencana alam.
  3. Surat pengesahan dari Penjara / Pusat Serenti – bagi bekas banduan atau pelatih pusat.
  4. Kad Pelajar atau surat pengesahan dari Pengetua sekolah / Pendaftar institusi pengajian tinggi – bagi pelajar dari mana-mana sekolah, kolej atau institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara.
  5. Laporan Polis yang menyatakan dengan jelas mengenai butir-butir kejadian dan Kad Pengenalan yang hilang.

Korang perlu sediakan duit untuk bayar denda dan caj untuk membuat permohonan kad pengenalan yang baru.Kehilangan kad pengenalan buat kali pertama akan dikenakan denda sebanyak RM100, denda untuk kali kedua pula ialah RM200. Kalau hilang lagi untuk kali ketiga dan seterusnya, anda kena bayar RM300. Selain daripada itu, anda juga kena bayar RM10 untuk caj permohonan kad pengenalan yang baru.

Admin nasihatkan anda semua supaya jaga kad pengenalan elok-elok dan simpan di tempat yang selamat sebab denda yang dikenakan bukannya murah. Lebih-lebih lagi banyak benda yang perlu dilakukan untuk mendapatkan semula kad pengenalan yang baru dan masa. Anda kena pergi ke pejabat polis dan lepas itu pergi pula ke JPN yang pasti akan membuang banyak masa anda selain daripada duit anda. Semoga tutorial apa perlu dilakukan jika kad pengenalan hilang ini boleh membantu anda jika anda kehilangan kad pengenalan. Sila jaga dan simpan baik-baik kad pengenalan anda.

4 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Kakipromo.com