Kebaikan Khasiat Air Soya Kepada Kesihatan Badan

Anda mesti pernah minum air soya kan? Tahukah anda akan kebaikan khasiat air soya kepada kesihatan badan kita? Air soya memang sedap diminum dan juga senang didapati di mana-mana kedai makan, kedai runcit dan juga supermarket.

Admin juga merupakan salah seorang penggemar minuman air soya ini terutamanya soya fresh. Soya bean dalam tin atau dalam kotak pun admin suka juga. Memang banyak manfaat air soya kepada kita kerana mempunyai kandungan nutrisi yang berkhasiat dan penting untuk sistem badan kita.

APA KEBAIKAN KHASIAT AIR SOYA KEPADA KESIHATAN KITA?APA KEBAIKAN KHASIAT AIR SOYA KEPADA KESIHATAN KITA

  • Air soya mengandungi kandungan protein yang tinggi dan kaya dengan bahan-bahan mineral dan nutrien seperti magnesium, kalium, sodium, iron, fosforus serta vitamin A, B, C dan D. Air soya mengandungi kandungan lemak yang rendah (low fat) dan boleh dijadikan sebagai sumber tenaga kepada badan kita apabila meminum soya ini.
  • Protein Soya boleh membantu merendahkan paras kolestrol dalam badan kita dan disarankan mengambil dalam kuantiti 25 gram sehari oleh Kementerian Kesihatan Malaysia seperti yang tertera pada kotak sus kacang soya (gambar) jika anda membelinya.
  • Air soya yang kaya dengan protein juga membantu proses tumbesaran yang sihat dan memberikan kebaikan kepada jantung kita.
  • Air soya juga sesuai digunakan untuk mereka yang ingin diet atau menguruskan badan. Ini kerana dengan meminum air soya akan memberi rasa kenyang kepada kita untuk suatu jangka masa yang lama. Selain itu, soya juga memberi tenaga kepada kita untuk melakukan kerja seharian disebabkan kaya dengan khasiat dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita.
  • Kajian juga menunjukkan air soya boleh digunakan sebagai pengganti susu bayi bagi bayi yang mengalami atau mempunyai alahan kepada susu lembu.
  • Air soya juga mengandungi asid amino yang digunakan oleh tubuh kita untuk memperbaiki tisu badan yang telah rosak dengan yang baru.
  • Pengambilan air soya secara kerap boleh membantu mengurangkan risiko penyakit seperti penyakit jantung, kanser, kencing manis dan sembelit.

Selain kebaikan khasiat air soya, minum soya secara berlebihan dan melampau juga pernah dikaitkan dengan keburukan soya seperti merendahkan hormon testoteron bagi lelaki dan seterusnya mungkin mendatangkan fenomena keperempuanan iaitu mempunyai sifat perempuan.

2 Replies to “Kebaikan Khasiat Air Soya Kepada Kesihatan Badan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *