Kebaikan Khasiat Oat Kepada Badan Kita Dan Kesihatan

Apa itu oat? Oat merupakan biji-bijian yang merupakan makanan pepejal yang sesuai untuk semua golongan umur, tidak kira tua atau muda. Apa kebaikan khasiat oat kepada badan kita dan apa kandungan nutrisi dalamĀ oat yang diberikannya? Oat adalah makanan yang sangat terkenal dan sering direkomen dalam mana-mana program diet.

Khasiat oat memang diketahui umum sejak sekian lama kerana terbukti boleh membawa kebaikan kepada tahap kesihatan kita serta menjauhkan kita daripada penyakit seperti penyakit jantung. Kandungan dalam oat ialah seperti vitamin E, B1, zat besi, kalsium, karbohidrat, magnesium dan zink. Oat juga mengandungi serat larut yang membantu badan kita menyerap kolestrol dalam badan kita dan menjadikan jantung kita lebih sihat.

Apa itu oat, Kebaikan Khasiat Oat Kepada Badan Kita Dan Kesihatan

Pengambilan oat secara kerap akan membantu menurunkan tahap kolestrol dalam badan kita serta mencegah penyakit jantung secara semulajadi.

Antara kebaikan khasiat oat kepada badan dan kesihatan kita:

  • Menjadikan jantung lebih sihat dengan mengurangkan pengerasan arteri darah
  • Mencegah asma
  • Menyerap dan menurunkan tahap kolestrol LDL
  • Mengurangkan tekanan darah tinggi
  • Memberikan tenaga untuk kita melakukan aktiviti seharian
  • Mengandungi fitokimia yang memberi keimuman kepada badan
  • Memberi rasa kenyang dan membantu diet kuruskan badan
  • Serat membantu mencegah masalah sembelit

Pengambilan oat sangat disarankan bermula sejak kecil lagi dan jika anda makan oat ketika sarapan, anda akan berasa kenyang untuk jangkamasa yang lama dan membolehkan anda fokus untuk melakukan kerja atau aktiviti anda.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Kakipromo.com