Kelebihan Sony Xperia Z3 Compact vs Z1 Compact

Jom tengok perbandingan kelebihan Sony Xperia Z3 Compact vs Z1 Compact. Sony Xperia Z3 Compact ialah pengganti kepada Sony Xperia Z1 Compact sebagai smartphone compact yang terbaik keluaran Sony dan antara (atau) yang terbaik di pasaran sekarang. Kedua-dua model, Sony Xperia Z1 Compact dan Sony Xperia Z3 Compact ialah keluaran pada tahun 2014.

Sony Xperia Z3 Compact sudahpun berada di pasaran dengan harga official RM1899 per unit. Sony Xperia Z1 Compact pula turun harga dan harga official sekarang ialah RM1499 per unit. Harga di pasaran kedai handphone biasa adalah dalam lingkungan RM1849 untuk Sony Xperia Z3 Compact dan dalam range RM1350 untuk Z1 Compact. Perbezaan harga dalam linkungan RM400 bagi kedua-dua model ini.

Perbandingan Sony Xperia Z3 Compact VS  Z1 Compact Comparison

Kelebihan Sony Xperia Z3 Compact berbanding Z1 Compact:

Kedua-dua Z3 Compact dan Z1 Compact mempunyai design yang lebih kurang sama tetapi walaupun saiz lebih kurang sama saiz screen Z3 Compact adalah lebih besar iaitu 4.6” berbanding 4.3” saiz screen Z1 Compact. Z3 Compact & Z1 Compact juga Smartphone yang kalis air dan debu, tetapi Z3 Compact adalah lebih bagus dengan IP68 Certified berbanding IP58 Certified untuk Z1 Compact.

Kualiti Kamera
Kedua-dua model mempunyai kualiti kamera yang mengagumkan dengan 20.7MP. Kamera Z3 Compact bagaimanapun dilengkapi dengan kemampuan ISO 12800 yang belum pernah ada untuk mana-mana Smartphone selain Z3 dan Z3 Compact. ISO 12800 membantu menghasilkan kualiti dan performance kamera yang terbaik.

 Kelebihan Sony Xperia Z3 Compact vs Z1 Compact
Left: Z3 Compact, Right: Z1 Compact

Berat (Weight)
Sony Xperia Z3 Compact, 129g lebih ringan berbanding Z1 Compact, 137g.

Battery Life
Sony Xperia Z3 Compact dapat bertahan lebih lama dan mampu digunakan sehari suntuk tanpa perlu dicaj walaupun dengan penggunaan kerap. Z3 Compact menggunakan 2600 mAH battery manakala Z1 Compact menggunakan 2300 mAH battery.

Processor
Sony Xperia Z3 Compact menggunakan processor yang lebih tinggi specs dengan 2.5GHz Quad-Core Snapdragon 801 processor, sementara Sony Xperia Z1 Compact menggunakan 2.2 Quad-Core Snapdragon processor. Walaubagaimanapun, agak susah untuk kita kenal perbezaan dua processor ini semasa menggunakan Smartphone ini sebab perbezaannya terlalu kecil.

Kelebihan Sony Xperia Z1 Compact berbanding Z3 Compact ialah dari segi harga. Harga Sony Xperia Z1 Compact adalah lebih murah dalam lingkungan RM400 murah daripada harga Z3 Compact di Malaysia. Tengok senarai harga terkini Smartphone Sony Di Malaysia.

Sony Xperia Z3 Compact Malaysia Price: RM1899 (Official)
Sony Xperia Z1 Compact Malaysia Price: RM1499 (Official)

Kesimpulannya, Sony Z3 Compact mempunyai sedikit kelebihan berbanding Sony Xperia Z1 Compact. Bagi pendapat admin, kalau anda sudah memiliki Sony Xperia Z1 Compact, mungkin tidak ada keperluan sangat untuk upgrade ke Sony Xperia Z3 Compact kecuali anda memang betul-betul berminat dan ada duit lebih. Review Sony Xperia Z3 Compact.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Kakipromo.com