Kelebihan Wanita Berpunggung Besar Yang Menarik

Apa pendapat anda tentang wanita berpunggung besar ? Kalau dulu, ramai orang yang berasa agak segan dengan tubuh badan yang mempunyai punggung besar dan ingin mengecilkan punggung mereka tetapi pada masa sekarang ini lain pula kisahnya. Pada masa kini, wanita yang berpunggung besar seolah-olah menjadi satu trend terutamanya untuk artis wanita di Hollywood seperti Kim Kardashian, Jennifer Lopez dsb. Keadaan ini adalah disebabkan mereka ini agak pandai untuk menjaga bentuk badan mereka dan menjadikan seolah-olah punggung besar menjadi satu kelebihan buat penampilan mereka. kelebihan wanita berpunggung bedsar yang menarik

Menurut kajian oleh Professor Will Lassek dari University of Pittsburgh, wanita yang berpunggung besar mempunyai banyak kelebihannya. Antaranya ialah lemak berlebihan di sekitar bahagian punggung dan peha dapat membantu untuk menyumbang kepada perkembangan otak bayi dalam kandungan mereka. Oleh itu, wanita berpunggung besar cenderung untuk melahirkan anak yang pintar dan cergas disebabkan bayi mereka mendapat lemak omega-3 yang mencukupi dan membantu perkembangan otak.

Tahukah anda mengapa wanita digalakkan untuk mempunyai lemak terutama bagi wanita hamil? Menurut penulis buku Why Women Need Fat, lemak ini akan hilang apabila menyusukan bayi dan kebiasaannya wanita yang menyusukan bayi akan kehilangan sedikit berat selepas 1,2 bulan.

kelebihan-wanita-berpunggung-besar

Wanita berpunggung besar tetapi berbadan langsing juga kelihatan seksi dan mengoda. Mereka mempunyai hormon leptin yang tinggi yang berfungsi mengawal berat badan dan bersifat anti-diabetes dan anti-radang. Oleh itu, tidak hairanlah kalau mereka mempunyai punggung besar tetapi badan mereka tetap langsing. Selain itu, wanita berpunggung besar juga majoritinya mempunyai tahap kolesterol yang rendah dan tubuh mereka berupaya menghasilkan hormon metabolisme gula yang lebih tinggi berbanding wanita yang mempunyai punggung kecil.

Walaubagaimanapun tidak semua wanita yang berpunggung besar mempunyai bentuk badan yang diidamkan apabila ada yang tidak matching dengan bentuk badan. Kami akan terangkan mengapa dalam entri ini: Punca setengah wanita mempunyai punggung dan paha besar.

source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *