Kembar Siam Di Kepala Berjaya Dipisahkan Selepas 13 Bulan

Sepasang bayi kembar siam di kepala telah berjaya dipisahkan melalui satu pembedahan yang menarik perhatian ramai. Kedua-dua bayi tersebut dilahirkan pada bulan September tahun lepas dan kepala mereka melekat di antara satu sama lain.

Ibu bapa mereka, Christian dan Nicole Mcdonald telah diberitahu bahawa peluang kedua-dua bayi mereka untuk terus hidup dalam keadaan sedemikian adalah sangat tipis iaitu 5% hingga 25% keseluruhan.

bayi kembar siam di kepala berjaya dipisahkan

Mereka juga diberikan peluang oleh doktor untuk membatalkan kelahiran rumit bayi kembar mereka. Bagaimanapun, mereka berazam untuk memberikan kehidupan kepada kedua-dua bayi mereka dan akan melakukan apa saja untuk bayi mereka.

Mereka telah meminta bantuan orang ramai dan telah berjaya mengumpul $150,000 untuk bayi mereka.

bayi kembar siam di kepala berjaya dipisahkan melalui pembedahan

Akhirnya, selepas 16 jam dibedah oleh surgical team yang diketuai oleh Dr. James Goodrich di Montefiore Medical Center, New York, bayi mereka (Jadon dan Anias) telah berjaya dipisahkan dengan selamat selepas menempuh prosedur pembedahan yang rumit. Pernah satu ketika tekanan darah dan denyutan jantung bayi turun secara drastik dan memerlukan penjagaan rapi selama 5 jam sebelum pembedahan berjaya.

Perkataan pertama yang keluar daripada mulut Dr. James Goodrich kepada Nicole ialah “Well, we did it”.

kembar-siam-di-kepala-berjaya-dipisahkan-selepas-pembedahan

Selepas 13 bulan, akhirnya mereka berdua kini mampu melihat wajah satu sama lain. Bayi-bayi ini masih lagi memerlukan penjagaan perubatan sehingga benar-benar sembuh dan sihat selepas pembedahan.

source

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Kakipromo.com