Apa Beza Politeknik Premier, Konvensional dan METrO?

Apa beza Politeknik Premier, Politeknik Konvensional dan Politeknik METrO? Sebenarnya, sekarang ini Politeknik di Malaysia terbahagi kepada tiga (3) jenis iaitu Politeknik Premier, Politeknik Konvensional dan Politeknik METrO.

Politeknik merupakan salah satu Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia yang melahirkan banyak tenaga mahir dan separuh mahir di negara ini dan merupakan pilihan untuk melanjutkan pelajaran selain daripada Universiti Awam (UA) di Malaysia ini. Mari kita tengok beza Politeknik Premier dan Politeknik Konvensional dan juga Politeknik METrO.

Politeknik Premier ialah Politeknik yang dianggap setaraf dan setanding dengan Universiti sebagai salah satu Institut Pengajian Pilihan ramai. Program ini memfokus kepada tujuan melahirkan graduan berinovasi sebagai peneraju industri dan kebolehpasaran tinggi. Keutamaan adalah diberikan kepada warga Politeknik (pelajar, staf, institusi dan industri).Apa Beza Politeknik Premier dan Politeknik Konvensional dan Politeknik METrO

Senarai Politeknik Premier Di Malaysia:

  1. Politeknik Ungku Omar (PUO)
  2. Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)
  3. Politeknik Ibrahim Sultan (PIS)

Politeknik Konvensional ialah program TVET yang bertujuan melahirkan pekerja mahir dan separuh mahir yang berdaya saing dan berpengetahuan tinggi dalam bidang kejuruteraan, teknologi, perdagangan dan perkhidmatan. Politeknik ini adalah Politeknik yang biasa kita dengar atau perkatakan sebelum ini. Permohonan ke Politeknik Konvensional dibuat melalui UPU Online. Program yang ditawarkan ialah Sijil dan Diploma.

Senarai Politeknik Konvensional Di Malaysia:

  1. Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS)
  2. Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)
  3. Politeknik Kota Bharu (PKB)
  4. Politeknik Kuching Sarawak (PKS)
  5. Politeknik Port Dickson (PPD)
  6. Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS)
  7. Politeknik Muadzam Shah (PMS)
  8. Politeknik Nilai (PNS)
  9. Politeknik Hulu Terengganu (PHT)
  10. Politeknik Sandakan (PSS)
  11. Politeknik Seberang Perai (PSP)
  12. Politeknik Balik Pulau (PBU)
  13. Politeknik Kuala Terengganu (PKKT)
  14. Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA)
  15. Politeknik Merlimau (PMM)
  16. Politeknik Banting (PBS)
  17. Politeknik Mersing (PMJ)
  18. Politeknik Kota Kinabalu (PKK)
  19. Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS)
  20. Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB)
  21. Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS)
  22. Politeknik Mukah Sarawak (PMU)
  23. Politeknik Jeli (PJK)
  24. Politeknik Melaka (PKM)

Politeknik METrO memfokus kepada pelaksanaan program berbentuk perkhidmatan. Politeknik Metro diharapkan dapat meningkatkan akses Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET) kepada pelajar lepasan SPM dan golongan yang bekerja untuk sambung belajar secara sepenuh masa atau separuh masa. Permohonan melalui UPU Online atau memohon terus ke Politeknik berkenaan.

Senarai Politeknik METrO Di Malaysia:

  1. Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB)
  2. Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL)
  3. Politeknik METrO Betong (PMB)
  4. Politeknik METrO Kuantan (PMKU)
  5. Politeknik METrO Tasek Gelugor (PMTG)

Semoga anda sudah ada gambaran mengenai beza Politeknik Premier dan Politeknik Konvensional dan Politeknik METrO.

12 Replies to “Apa Beza Politeknik Premier, Konvensional dan METrO?

  1. Saya dapat tawaran ke poly ungku omar…saya diberitahu satu pihak ni yg Klau masuk poly,,,sijil diploma x laku/susah nak sambung ijazah.skrg ni sy tgh study at ting 6 jurusan akaun.poly yg sy dapat pown mnwrkn dip.akuntansi iaitu jurusan yg mmg saya nak.tolong beri pendapat….tolong lah sape2

    1. sijil/diploma poli memang laku kalau untuk cari kerja,..
      untuk sambung ijazah pula, perlukan result yang bagus minimum 3.0 pointer ke atas. Juga tidak semua universiti yang dapat menyokong pemindahan kredit untuk lepasan Poli (maksudnya melompat terus ke tahun ke-2 apabila sambung Degree nanti tanpa perlu bermula di tahun 1), hanya Universiti2 tertentu sahaja ya

  2. Salam, nk tnye, apa prbezaan antare diploma yg kita dpat di politeknik konvensional dengan ipta/politeknik primier?

  3. Sye nk tnye…sye dh msok kolej swasta(diploma), selang bbrapa bulan sye dpt twran ke politeknik konvensional(diploma kos yg same). So better sye stay kolej ke or transfer ke poli tu…mse dpan sye cerah x lps msok poli sye nk smbung degree compare dgn kolej swasta.

  4. saya nak tanye.. adakah politeknik konvensional swasta? adakah politeknik konvensional utk org result spm tak ok?

  5. Hallo nk tnye.. Blh tak sya tukar dari politeknik premier ke politeknik konvensional? Klaw blh mcam mna cara? Tlong bantu sya :(‘

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *