Kenali Rahsia Wanita Melalui Cara Berjalan (Personaliti)

Dapatkah anda mengenali rahsia wanita melalui cara berjalan nya? Anda mesti pernah tengok banyak cara dan gaya orang berjalan bukan? Tak kiralah lelaki ataupun perempuan, masing-masing mempunyai cara berjalan yang tersendiri dan kadang-kadang agak berbeza daripada orang lain. So, entri kali ini adalah untuk membincangkan topik mengenai cara kenali personaliti wanita melalui cara berjalannya.

Sering Memandang Ke Kanan Kiri Semasa Berjalan
Wanita yang berjalan seperti ini adalah dikalangan wanita yang pandai dalam menyimpan rahsia dan berhati-hati dalam setiap perbuatannya. Meskipun ramai yang beranggapan wanita seperti ini tidak berapa jujur dan suka berbohong atasu menipu tetapi masih ramai lelaki yang suka untuk memikatnya. Mereka beranggapan wanita seperti ini mudah untuk mengikut kemahuan mereka.Kenali rahsia wanita melalui cara berjalan (Personaliti dan sifatnya) (2)Berjalan Tetapi Kakinya Seperti Tidak Memijak Ke Tanah
Wanita seperti ini dianggap mempunyai ego yang tinggi dan sombong. Selain itu, mereka juga bersikap agak membazir dan boros ketika berbelanja dan mudah tertarik dan tergoda dengan barang-barang berjenama. Wanita ini juga kebanyakannya mempunyai mulut laser dan cakap main lepas sahaja tanpa mempedulikan orang lain. Kaum lelaki pula suka memikat perempuan seperti ini kerana mereka biasanya pandai bergaya dan mementingkan penampilan diri yang menyebabkan ramai lelaki cair.

Berjalan Suka Menunduk
Wanita yang berjalan suka menunduk ini biasanya mempunyai sikap yang setia dengan pasangannya. Wanita ini juga lebih selesa berbual bersama-sama dengan orang yang dikenali dan rapat dengannya berbanding dengan orang yang baru dikenalinya. Mereka juga agak pemalu dan selalu bersikap dingin dengan orang tetapi akan menjadi ramah dan mesra apabila anda sudah mengenalinya.

Berjalan Pandang Terus ke Depan
Wanita Seperti ini adalah mereka yang fokus terhadap apa yang mereka ingin lakukan dan mempunyai pendirian yang teguh dalam setiap perkara. Namun, mereka juga tergolong dikalangan mereka yang tidak mengikut telunjuk atau arahan orang lain dan sentiasa ingin melakukan perkara mengikut cara dan kehendaknya sendiri. Oleh itu, anda perlu siap sedia jika anda tidak sependapat dengan wanita ini dan siapa sedia untuk mendengat leteran yang panjang yang kadang-kadang membuatkan anda rasa menyampah. Wanita ini juga cenderung untuk memandang rendah dengan orang yang tidak sama kedudukan atau pangkat dengan mereka.

Kenali rahsia wanita melalui cara berjalan (Personaliti dan sifatnya)

Berjalan Lenggang Lenggok
Wanita seperti ini tergolong dalam kategori wanita penggoda dan tidak kurang juga yang mengganggap mereka ini gedik. Wanita ini juga biasanya sangat yakin dengan diri mereka sendiri. Selain itu, wanita yang berjalan lenggang lenggok ini juga seorang yang pandai bergaul dan bersosial dan mudah mesra dengan orang lain. Kaum lelaki memang suka untuk memikat wanita seperti ini.

Berjalan berhenti-henti
Wanita seperti ini ketika berjalan akan selalu berhenti-henti seolah-olah mereka berasa ragu-ragu. Wanita seperti ini agak mudah tersinggung dan agak lemah dari segi ketabahan mereka. Mereka biasanya sangat pemalu dan agak takut-takut apabila berada di khalayak ramai. Walaubagaimanapun, wanita seperti ini biasanya seorang yang jujur dan suka menghulurkan bantuan jika anda meminta pertolongan daripadanya.

So, itulah dia sedikit sebanyak cara untuk kenali rahsia wanita melalui cara berjalan. Ada tak anda nampak persamaannya dengan anda ataupun kawan-kawan wanita anda?

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Kakipromo.com