Ketahui Rahsia Personaliti Mengikut Bulan Kelahiran Seseorang

Jom ketahui rahsia personaliti mengikut bulan kelahiran seseorang itu. Sebelum ini, kami juga pernah buat entri mengenai personaliti melalui cara berjalan dan juga personaliti berdasarkan bentuk jari. Oleh itu kali ini ialah mengetahui rahsia sifat dan peribadi seseorang berdasarkan tarikh bulan kelahirannya seperti di bawah ini.

Bulan JANUARI

  • Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan
  • Bercita-cita tinggi dan orangnya serius
  • Cukup sayang pada kanak-kanak
  • Suka duduk rumah
  • Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
  • Suka smart, kemas dan teratur
  • Bersifat sensitif, berfikiran mendalam
  • Pandai mengambil hati orang lain
  • Pendiam kecuali telah dirangsang
  • Suka mendidik dan dididik
  • Agak pemalu dan daya tumpuan yang sangat tinggi
  • Mudah mendisiplinkan diri sendiri
  • Sikap cemburu yang sangat tinggi
  • Bersikap romantik tetapi tidak pandai menunjukkannya
  • Setia pada segala-galanya
  • Perlu belajar kemahiran sosial
  • Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik

Ketahui Rahsia Personaliti Mengikut Bulan Kelahiran Seseorang

Bulan FEBRUARI

  • Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
  • Mudah memberontak apabila dikongkong
  • Suka kegiatan yang lasak
  • Berfikiran abstrak
    Sukakan benda yang reality dan abstrak
  • Berpesonality yang mudah berubah
  • Mudah menawan orang lain
  • Jujur dan setia pada segalanya
  • Keras hati untuk mencapai matlamat
  • Suka berkawan tapi kurang menunjukkannya
  • Sangat berani dan suka memberontak
  • Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
  • Inteligent, bijak dan genius
  • Berkecenderungan pada benda yang tahyul
  • Belajar untuk mengetengahkan emosi
  • Agak pendiam, pemalu dan rendah diri
  • Pemerhatian yang tajam
  • Suka hiburan dan sukan
  • Mudah menunjukkan marahnya
  • Tidak suka benda yang remeh-temeh
  • Bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya
  • Suka benda yang bersifat seni
  • Tidak suka dikongkong
  • Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran

Bulan MAC

  • Suka melancong
  • Suka pada kedamaian
  • Sangat pemalu dan pemendam rasa
  • Suka dengan hiasan rumahtangga
  • Punya bakat seni dalam bidang muzik
  • Tidak cepat marah dan sangat amanah
  • Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati
  • Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran
  • Sangat peka kepada orang lain
  • Berpesonaliti yang menarik dan menawan
  • Mudah didampingi
  • Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
  • Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
  • Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik jangan terlalu moody.
  • Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal
  • Suka berangan-angan
  • Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi
  • Kelam kabut dalam memilih pasangan
  • Tahu balas budi dan tahu kenang budi

Bulan APRIL

  • Gerak hati yang sangat kuat
  • Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
  • Punya daya mental yang sangat kuat
  • Kecenderungan bersifat dendam
  • Suka diberi perhatian
  • Sangat aktif dan dinamik
  • Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
  • Emosi cepat terusik
  • Cuba mengawal emosi
  • Sangat cemburu dan terlalu cemburu
  • Agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan
  • Kuat daya ingatan
  • Sangat menarik dan pandai manjakan diri
  • Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain
  • Berpenyakit disekitar kepala dan dada
  • Sangat diplomatik (pandai memujuk ) berkawan dan pandai menyelesaikan masalah
  • Orang sangat berani dan tiada perasaan takut

Bulan MEI

  • Cantik dari segi mental & fizikal
  • Kekerasan hati & degil
  • Tidak punya ramai anak
  • Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu
  • Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit
  • Pandai menarik hati orang lain & menarik perhatian
  • Perasaan yang amat mendalam
  • Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
  • Mudah dipujuk
  • Kuat semangat & bermotivasi tinggi
  • Pemikiran yang tajam
  • Mudah marah apabila tidak dikawal
  • Tidak berapa suka duduk dirumah
  • Bersikap sistematik (otak kiri)
  • Suka berangan
  • Daya imaginasi yang tinggi
  • Permikiran yang tajam
  • Pandai berdebat
  • Agak boros
  • Fizikal yang baik
  • Kelemahan sistem pernafasan
  • Suka sastera,seni & muzik serta melancong
  • Tidak boleh duduk diam
  • Rajin dan bersemangat tinggi
  • Tidak perlu dimotivasikan

Bulan JUN

  • Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik
  • Berperangai yang lemah lembut
  • Pandai menunjukkan sikap
  • Mudah kecil hati
  • Bersikap sensitif
  • Orang yang sangat tertib
  • Otaknya aktif (sentiasa berfikir)
  • Sukar melakukan sesuatu dengan segera
  • Kedegilan yang tidak terkawal
  • Sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.
  • Berfikiran jauh & berwawasan
  • Mudah ditawan kerana sikap baik
  • Bersikap suka menangguh-nangguh
  • Cepat marah & cepat sejuk
  • Suka bercakap & berdebat
  • Suka buat lawak & bergurau
  • Mudah berubah sikap,perangai,idea & mood
  • Idea yang terlalu banyak dikepala
  • Otaknya cerdas, berangan-angan
  • Mudah berkawan & pandai berkawan
  • Mudah kena selsema
  • Suka berkemas
  • Cepat rasa bosan
  • Sikap terlalu memilih & cerewet
  • Kurang menunjukkan perasaan
  • Lambat nak sembuh apabila terluka hati
  • Suka kepada barang yang berjenama
  • Mudah menjadi eksekutif

Bulan JULAI

  • Sangat peramah
  • Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
  • Agak pendiam kecuali diransang
  • Pemerhatian yang tajam
  • Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
  • Mudah dipujuk dan bercakap lurus
  • Sangat menjaga hati orang lain
  • Ada harga dan maruah diri
  • Tinggi daya simpati
  • Berjiwa sentimental
  • Jarang berdendam
  • Mudah memaafkan tapi sukar melupakan
  • Sangat seronok didampingi
  • Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki
  • Tidak suka benda remeh-temeh
  • Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama
  • Suka mendiamkan diri
  • Sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang
  • Membimbing cara fizikal dan mental
  • Layanan yang serupa dengan semua orang
  • Suka menilai orang lain dengan pemerhatian
  • Mudah dan rajin belajar
  • Terlalu mengambil berat
  • Rajin dalam membuat kerja
  • Suka munasabah diri
  • Suka duduk dirumah
  • Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
  • Tak agresif kecuali terpaksa
  • Lemah dari segi kesihatan perut
  • Mudah gemuk kalau tak kawal diet
  • Minta disayangi
  • Mudah terluka hati tapi lambat pulih

Bulan OGOS

  • Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan
  • Pandai pujuk orang lain
  • Terlalu pemurah & bersikap ego
  • Suka berlawak
  • Mudah tertawan kepadanya
  • Sopan santun dan caring terhadap orang lain
  • Berani dan tidak tahu takut
  • Romantik, pengasih dan penyayang
  • Nilai harga diri yang sangat tinggi
  • Dahagakan pujian
  • Suka mencari kawan
  • Daya pemerhatian yang tajam & teliti
  • Cepat berfikir
  • Fikiran yang berdikari
  • Suka memimpin & dipimpin
  • Sifat suka berangan
  • Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat
  • Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
  • Cepat apabila ditimpa penyakit
  • Belajar untuk relax
  • Sikap kelam kabut
  • Semangat juang yang luar biasa
  • Cepat marah & mudah mengamuk
  • Mudah marah apabila cakapnya dilawan
  • Sangat cemburu

Bulan SEPTEMBER

  • Mudah memahami orang lain(daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan rahsia
  • Sukakan sukan, hiburan & melancong
  • Sangat bersopan santun & bertolak ansur
  • Sangat perihatin & terperinci,amanah,setia & jujur
  • Otak bijak & mudah belajar
  • Suka mencari maklumat
  • Orang yang banyak berfikir
  • Sikap sangat cool sangat baik & mudah simpati
  • Daya pentaakulan yang baik
  • Bersistematik
  • Kawal diri dari terlalu mengkritik
  • Pandai mendorong diri sendiri
  • Kurang menunjukkan perasaannya
  • Terluka hatinya sangat lama disimpan
  • Sangat teliti, cermat & teratur
  • Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik
  • Pendiam tapi pandai bercakap jika perlu
  • Terlalu memilih pasangan
  • Sukakan benda yang luas
  • Kerja yang dilakukan sangat sempurna
  • Sangat sensitif yang tidak diketahui

Bulan OKTOBER

  • Cepat marah
  • Suka bersembang
  • Emosi yang mudah terusik
  • Suka berangan & pandai bercakap
  • Suka orang yang sayang padanya
  • Suka ambil jalan tengah
  • Sangat menawan & sopan santun
  • Kecantikan luar & dalam
  • Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama
  • Macam pentingkan diri sendiri
  • Romantik dalam percintaan
  • Mudah terusik hati & cemburu
  • Ambil berat tentang orang lain
  • Tidak menolong orang kecuali diminta
  • Suka melihat dari perspektifnya sendiri
  • Tidak suka terima pandangan orang lain
  • Emosi yang kelam kabut
  • Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan)
  • Suka melancong,bidang sastera & seni
  • Pengasih ,penyayang & lemah lembut
  • Suka kegiatan luar
  • Orang yang adil
  • Boros & mudah dipengaruhi persekitaran
  • Mudah patah semangat
  • Tidak pandai berbohong & berpura-pura
  • Mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan
  • Sentiasa berkawan

Bulan NOVEMBER

  • Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya
  • Berfikiran kehadapan
  • Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa
  • Pemikiran yang tajam
  • Daya firasat yang sangat halus dan tinggi
  • Bagus untuk jadi doktor
  • Banyak idea dalam perkara
  • Berfikiran unik dan bijak
  • Cermat dan teliti
  • Personality dinamik
  • Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
  • Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
  • Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran
  • Terlalu degil dan keras hati
  • Apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya
  • Cara berfikir lain dari orang lain
  • Otak yang sangat tajam
  • Pandai mendorong diri sendiri
  • Tidak hargai pujian
  • Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
  • Bercita-cita tinggi
  • Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
  • Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi dan apabila hendak sesuatu
  • Cuba sampai berjaya
  • Badan yang tough (sado)
  • Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
  • Romantik
  • Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang
  • Suka duduk dirumah
  • Tak suka marah kecuali digugat
  • Mudah ambil berat terhadap orang lain
  • Pandai muhasabah diri
  • Sangat rajin dan berkemampuan tinggi
  • Amanah, jujur setia dan pandai berahsia

Bulan DISEMBER

  • Tidak pandai berpura-pura
  • Cepat marah
  • Sangat setia dan pemurah
  • Bersifat patriotik
  • Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
  • Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
  • Bercita-cita tinggi
  • Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi
  • Seronok didampingi
  • Suka bercampur dengan orang
  • Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
  • Benci pada kongkongan
  • Suka berlawak
  • Pandai buat lawak dan berfikiran dengan logik
  • Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai
  • Sangat jujur amanah dan bertolak ansur
  • Perangai yang berubah-ubah

Anda lahir pada bulan berapa? Adalah personaliti dan keperibadian anda mempunyai persamaan dengan rahsia personaliti mengikut bulan kelahiran seperti diatas?

 

3 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *