Ketahui Sebab Enjin Kereta Tidak Boleh Hidup (Start)

Jom ketahui beberapa sebab kereta tidak boleh hidup (start). Masalah enjin kereta tidak boleh hidup ini merupakan salah satu problem yang sangat ditakuti oleh mana-mana pemandu kereta. Lebih-lebih lagi, kalau kereta tidak dapat start ketika sedang dalam perjalanan menuju ke sesuatu tempat.

Tidak cukup dari itu, bengkel kereta yang berdekatan juga sangat jauh dari tempat kereta kita yang bermasalah.

Bagi anda yang belum pernah atau pernah mengalami masalah enjin kereta tak boleh start (hidup) ini, mungkin anda berminat mengetahui apa sebab enjin kereta anda tidak boleh hidup.

Ketahui Sebab Enjin Kereta Tidak Boleh Hidup (Start)

Bateri kereta
Kebiasaannya, sebab paling utama enjin kereta tidak boleh hidup ialah disebabkan bateri kereta. Berkemungkinan bateri kereta sudah menjadi lemah atau kekurangan air dan perlukan maintenance. Bateri kereta biasanya akan expired dalam jangkamasa lebih kurang 2-3 tahun dan perlu ditukar kepada yang baru. Jangan biarkan kereta anda hidup untuk jangkamasa yang lama jika tiada sesiapa yang memandunya. Pastikan lampu kereta dipadam selepas guna. Apa yang perlu dilakukan jika bateri kereta lemah dan tidak dapat menghidupkan kereta? Anda boleh guna cara jump start sambung dengan bateri kereta yang lain. Kalau tak dapat start juga, memang kena pergi terus ke kedai untuk beli bateri yang baru.

Minyak Petrol
Satu lagi sebab enjin kereta tidak boleh hidup jika minyak petrol sudah habis, minyak tidak sampai atau ada tersumbat. Pam petrol kereta atau oil filter mungkin bermasalah dan menyebabkan minyak tidak sampai ke komponen-komponen dalam kereta anda.

Starter Problem
Starter ini digunakan untuk menghidupkan enjin kereta dan jika rosak kereta memang tidak dapat hidup. Starter yang hampir rosak akan menghasilkan bunyi seperti geseran besi bila dihidupkan. Jika anda dengar bunyi yang lain dari kebiasaan ketika menghidupkan kereta anda, berkemungkinan starter kereta anda sudah haus dan perlu ditukar kepada yang baru sebelum kereta anda tidak boleh start.

Spark Plug dan Ignition Coil Rosak
Antara petanda spark plug rosak ialah pick up kereta tidak memuaskan, susah hendak hidup dan semput-semput, kereta terasa berat dan pelahan walaupun minyak sudah ditekan habis. Fungsi Spark Plug ini ialah sebagai pencucuh untuk memulakan pembakaran (ignite) kereta kita. Kalau rosak memang kena beli baru sebab rasanya memang tiada orang membaiki Spark Plug ini. Anda buat mcam manapun, kereta memang tidak akan hidup dengan Spark Plug yang rosak walaupun guna cara jump start. Ignition coil yang rosak lebih kurang sama kesan dan petanda macam kerosakan Spark Plug.

Steering lock, Posisi Gear
Jangan terlalu cemas jika enjin kereta tidak hidup, mungkin steering kereta anda dalam keadaan lock dan kunci tidak boleh dipusing. Gear juga mestilah berada di kedudukan yang betul, kalau kereta automatik, pastikan gear berapa pada kedudukan P dan bukan di D, R, L atau 2.

DAPATKAN PANDUAN TIPS PENJAGAAN KERETA

Selain daripada itu, mungkin ada lagi punca atau sebab enjin kereta tidak boleh hidup seperti ECU (komputer) kereta bermasalah, aircond compressor jem, timing belt problem, alternator bermasalah dan sebagainya. Sila rajinkan diri anda untuk membuat maintenance kereta anda secara berkala bagi mengurangkan masalah pada kereta anda. [ Other: Masalah Enjin Motosikal Tidak Boleh Hidup]

20 Replies to “Ketahui Sebab Enjin Kereta Tidak Boleh Hidup (Start)

  1. Salam s.nak tanya klu kereta buruk lama proton saga dah 1minggu lupa nak start enjin bila sekarang nak start langsung bunyi ek ek pun tader. Takleh start. Apa sebab ye. Kereta ni dah tak kasi jalan sebab road tax mati. Tapi sentiasa saya mau start enjin

  2. Hai kereta saya kenari 2005 tidak boleh hidup. Engine boleh crank tapi x boleh hidup. Lepas tu saya buka ketiga2 spark plug & test.. ketiga2 spark plak tiada api
    . Now i am stuck & have no idea.. harap ada otai2 yang sudi membantu..

    1. senang je taung dengan minyak petrol lepas tu bakar mesti api keluar punya hahahahaa lepas tu test start balik mesti boleh hidup balik dan ada api hahahahahahhaa

  3. Hai.. kereta saya proton wira SE tahun 2007 auto.masalah kereta saya sekarang ni bila masuk gear R tau D begegar tp klau N spti biasa..normal keta.. biasanya gegaran akan terasa bila dlm keadaan jem atau d lmpu trafik dgn menekan break…spark plug,cable mounting engin suda tukar.di tambah lg dgn penambahan vacuum solenoid pada kereta tp masalah tetap sama tidak ada perubahan..jd d sini saya mohon perkongsian dari smua pakar2 dan pemilik2 yg pernah mengalami masalah yg sama sperti saya utk saya mengetahui masalah sebenar kereta saya…

  4. Saya tersalah pasang bateri cable (-) & (+)…terbalik…lepas tukar balik terus tak dpt start…biasanya apa punca…fuse ke?

  5. Hai,saya mempunyai seorang kawan yang sudah lama tidak mengecas bateri kereta.selepas dia mengecas dan mengisi minyak kereta,kereta dia tetap tidak dapat dihidupkan jugak.kenapa yea?

  6. Kedudukan gear mmg P. Saya kena gerak2 sedikit gear tu. Baru boleh start. Kenapa ya? Kdg2 saja berlaku mcm nih.
    Tolong bantu…

  7. Keretacorolla saya baru2 ni ada masalah boleh start, tp biar lama sikit enjin mati, bila nak start balik tak hidup byk kali, tunggu lama sikit baru hidup, then tunggu lama sikit mati or kalau terus buat jln tb enjin mati tengah jln, pergi bengkel, bengkel dah cuci fuel pump, lepas tu dah tukar brg recon yg kat tepi spark plug tu, tapi pagi start terus cleh hidup, apa cer?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *