Ketahui Tanda-tanda Awal Kehamilan Atau Mengandung

Apakah tanda-tanda awal kehamilan atau mengandung yang boleh kita ketahui? Bagi wanita yang pertama kali mengandung, sudah pasti tidak biasa dengan tanda-tanda dan gejala yang mereka hadapi sepanjang tempoh kehamilan. Sebenarnya ada banyak tanda-tanda kehamilan dan ianya kadang-kadang berbeza mengikut individu. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa petanda yang boleh kita ketahui sama ada seseorang itu sedang mengandung atau tidak.

Disini, kami menyenaraikan beberapa tanda-tanda awal kehamilan yang biasa berlaku kepada wanita yang hamil atau mengandung.Tanda-tanda awal kehamilan atau mengandungRasa Mual dan Loya
Ya, wanita yang hamil atau mengandung memang sudah pasti menunjukkan gejala seperti ini. Wanita yang mengandung sering berasa mual dan loya secara tiba-tiba dan menyebabkannya muntah terutama ketika waktu awal pagi dan waktu malam. Kenapa wanita hamil berasa mual, loya dan rasa ingin muntah? Keadaan ini adalah disebabkan perubahan hormon dalam badan yang meningkat secara tiba-tiba. Wanita yang mengandung akan berasa mual sepanjang awal kehamilannya (6-7 minggu) pada trimester pertama dan akan mula hilang bila memasuki trimester kedua.

Rasa Letih dan Penat
Wanita hamil akan berasa letih dan penat hampir sepanjang masa pada awal kehamilan. Hal ini kerana badan mereka masih lagi cuba untuk menyesuaikan diri dengan perubahan hormon dalam badan dan kerja organ-organ vital dalam badan yang berfungsi untuk membantu perkembangan janin. Adalah normal kalau wanita yang hamil akan cepat lena tidur akibat keletihan dan kepenatan.

Mengidam
Ini pun tanda-tanda wajib bagi seorang wanita yang sedang mengandung. Contohnya, sekejap dia ingin makan ayam panggang kenny rogers lah, sekejap nak makan Char Kuey Teow, makan lemang (time raya memang senang nak cari, tapi hari lain memang macam mustahil dapat cari, hihi), makan itu, makan ini dan banyak lagilah. Yang lagi pelik ialah mereka boleh mengidam makanan yang mereka tidak suka selama ini. Walaubagaimanapun, ibu hamil perlu mengetahui makanan yang disyorkan untuk ibu hamil dan juga jenis makanan yang perlu dielakan ketika hamil.

Apa tanda-tanda awal kehamilan atau mengandung bagi wanita yang boleh kita ketahui

Selalu Buang Air Kecil
Wanita yang hamil akan lebih kerap membuang air kecil berbanding dengan kebiasaan mereka sebelum ini. Ini adalah normal dan berlaku disebabkan banyak cecair yang berlebihan dalam badan akibat daripada peningkatan jumlah darah dan bendalir dalam badan yang seterusnya diproses oleh buah pinggang sebelum akhirnya ke pundi kencing. keadaan ini biasanya akan berterusan sepanjang tempoh kehamilan.

Payudara Membengkak Dan Rasa Sakit
Berlaku ketika awal kehamilan, payudara mudah membengkak sebab sensitif dengan perubahan peningkatan hormon dalam badan. Keadaan ini, bagaimanapun akan berkurangan selepas beberapa minggu kehamilan.

Pendarahan dan Kram Perut
Darah biasanya akan muncul sebelum menstruasi iaitu pada sekitar 8-10 hari selepas ovulasi. Darah ini adalah disebabkan implantasi iaitu penempelen rahim dengan embrio. Darah ini juga kebiasaannya akan menyebabkan kram perut.

Selain daripada tanda-tanda awal kehamilan yang disenaraikan diatas, ada lagi tanda-tanda lain yang boleh kita gunakan untuk mengetahui tanda-tanda mengandung seperti contohnya menggunakan Pregnancy Test.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *