Khasiat dan Kebaikan Minum Air Kosong (Air Masak)

Tahukah anda akan khasiat, kelebihan dan kebaikan minum air kosong (air masak)kepada kesihatan anda? Berapa gelas air kosong yang anda minum setiap hari? Tidak dinafikan bahawa terdapat sesetengah orang yang tidak suka minum air kosong dan lebih memilih untuk minuman manis. Malah ada yang sanggup tidak minum jika cuma ada air kosong yang ada.

Jika anda salah satu daripada mereka, silalah paksa diri untuk berubah secara perlahan-lahan sehingga anda dapat mengimbangkan antara minum air kosong dan juga minuman bergula. Tidak salah minum air bergula atau air manis seperti Milo, Kopi, Nescafe, Teh tarik dan sebagainya, tetapi perlulah dalam kuantiti yang terkawal dan diimbangi dengan minuman air kosong.

Dibawah ini, kami senaraikan 7 khasiat, kelebihan dan kebaikan minum air kosong kepada kesihatan tubuh badan kita:Khasiat dan Kebaikan Minum Air Kosong (Air Masak)

1) Mengelakkan kulit menjadi cepat kering
Kulit kita akan cepat menjadi kering apabila kekurangan air dalam badan. Oleh itu, dengan meminum air kosong, kita bukan sahaja boleh mengelakkan masalah kulit menjadi kering tetapi juga boleh mengelakan masalah kulit lain seperti kulit berminyak dan berjerawat akibat daripada pengambilan minuman manis dan makanan yang tidak seimbang.

2) Mencuci dan membersihkan Usus Kita
Apabila kita meminum air kosong atau air masak ketika dalam keadaan perut kosong seperti ketika bangun pagi, air kosong tersebut akan membantu membuang kotoran dan membersihkan usus kita.

3) Meningkatkan kesegaran badan
Seperti yang anda semua sedia maklum, tubuh badan kita memerlukan air dalam kuantiti yang banyak setiap hari untuk sistem-sistem dalam badan kita bekerja dan beroperasa dengan efektif. Minum air kosong boleh membantu memberikan kesegaran atau hkepada kita untuk melakukan sesuatu kerja.

4) Menguruskan dan melangsingkan badan
Jika anda gantikan air minuman seperti Milo, Teh Tarik, Nescafe dan sebagaiya dengan air kosong, maka sudah pasti berat badan anda akan dapat berkurangan kerana air kosong tidak mengandungi bahan manis seperti gula atau kalori yang boleh meningkatkan berat badan. Jika anda betul-betul serius untuk menguruskan badan, anda boleh cuma minum air detox ataupun air teh hijau yang memang terbukti berksan untuk kuruskan badan.

5) Membantu Mengelakkan Penyakit
Amalan meminum air kosong dengan kerap juga akan dapat mengurangkan risiko dan menghindarkan kita daripada pelbagai jenis penyakit seperti kanser, diabetis, kencing manis, sembelit, tekanan darah tinggi dan sebagainya.

6) Meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita
Air kosong dipercayai mampu meningkatkan tahap kesuburan bagi lelaki dan wanita. Dengan meminum air kosong, pengeluaran hormon testosteron bagi lelaki dan juga hormon estrogen bagi wanita akan bertambah.

Khasiat dan Kebaikan Minum Air Kosong atau Air Masak

7) Melancarkan proces pencernaan dan pembuangan air besar
Minum air kosong boleh membantu untuk melancarkan sistem pencernaan dalam badan. Contohnya jika anda minum segelas air kosong terlebih dahulu sebelum membuang air besar setiap pagi, anda pasti dapat merasa senang dan selesa untuk membuang air besar. Kebaikan minum air kosong juga terbukti boleh mengelakkan kita daripada terkena sembelit.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Kakipromo.com