Adakah anda tahu apa khasiat dan kebaikan suami memeluk isteri tersayang dan kelebihannya? Suami memeluk isteri bukanlah suatu yang pelik bahkan memang normal apabila sudah berkahwin. Walaubagaimanapun, berapa ramai si suami yang masih lagi suka memeluk isterinya selepas beberapa beberapa tahun berkahwin dan anak-anak pun sudah membesar dan meningkat remaja?
Tahukah mereka bahawa isteri dan perempuan memang suka kalau dipeluk oleh orang yang disayangi mereka kerana bagi mereka itu merupakan petanda bahawa mereka adalah dihargai dan disayangi dalam hidup mereka. Berikut ialah beberapa kelebihan dan kebaikan suami memeluk isteri yang perlu anda ketahui:Menurut kata orang, si suami yang selalu memeluk isterinya boleh mendapat umur yang panjang kerana pelukan dan sentuhan boleh mengeluarkan pelbagai hormon yang baik untuk kesihatan tubuh badan seperti endorfin. Hormon endorfin ini membantu untuk mengurangkan stress dan rasa gelisah disamping berfungsi untuk menahan kesakitan.
- Satu lagi khasiat peluk isteri bagi si suami ialah boleh menggalakan penurunan berat badan isterinya. Pelukan suami juga membantu mengurangkan paras kolestrol dan meningkatkan lagi tahap kesihatan isteri. Suami yang inginkan isterinya mengurangkan berat badan dan menjadi lebih ramping, digalakan untuk memeluk isteri dengan selalu.
Selain itu, lelaki yang suka peluk isteri juga sudah pasti akan menjadikan isterinya terasa dirinya disayangi dan hubungan antara suami isteri juga akan bertambah mesra dan rumahtangga lebih bahagia. Pelukan suami juga merupakan salah tanda orang itu betul-betul sayang kepada isterinya.