Khasiat Telur, Kebaikan dan Kelebihan Telur Ayam

Siapa suka makan telur? Tahukah anda akan khasiat telur, kelebihan dan kebaikan telur ayam? Apa kandungan dan khasiat sebiji telur ayam? Telur ayam ini memang bukan makanan asing lagi dalam kehidupan seharian kita. Malah ada diantara kita yang mengamalkan pemakanan telur ayam hampir setiap hari. Tidak kurang juga yang menjadikan telur sebagai sarapan pagi mereka. Tetapi adakah memakan telur dalam kuantiti yang banyak akan memberi kelebihan dan kebaikan kepada badan kita ataupun sebaliknya? Tahukah anda akan kelebihan dan keburukan makan telur yang banyak?

Telur juga sering dikaitkan dengan makanan yang mempunyai kandungan kolestrol tinggi dan boleh menjejaskan kesihatan jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan.Khasiat Telur, Kebaikan dan Kelebihan Telur AyamSebenarnya, memakan telur ayam adalah bagus untuk kesihatan kita kerana mengandungi banyak khasiat yang berguna. Selain itu, jika kita ingin makan telur, cara penyediaan hidangannya juga sangat mudah dan cepat sama ada rebus, goreng, separuh masak, sup dan sebagainya. Selain itu telur juga banyak digunakan untuk bahan penambah dalam resepi dan tidak kurang juga untuk membuat kuih contohnya tart telur.

Telur ayam mempunyai banyak kegunaan selain daripada untuk dimakan, contohnya digunakan sebagai ubat tradisional atau penawar untuk berbagai-bagai jenis penyakit. Permintaan terhadap teluar ayam memang tinggi disebabkan kandungan khasiat, vitamin dan galian yang organik hasil darpada pemakanan ayam yang asli, iaitu tanpa bahan kimia.

Kandungan Dalam Sebiji Telur Ayam:
1) 10% Cangkerang
2) 30% Kuning Telur
3) 60% Putih Telur (Albumen)

Bahagian putih telur mengandungi protein albumen yang mempunyai kandungan vitamin larut lemak. Lebih menarik lagi adalah telur ini juga mengandungi protein yang dikenali sebagai avidin yang bertindak sebagai bahan antibiotik semulajadi dan mencegah serta melawan jangkitan mikroorganisma yang berpotensi untuk merosakkan telur itu. Antibiotik ini juga wujud bersama-sama dengan biotin dan kedua-duanya akan terhapus apabila kita memasak telur.

Khasiat Telur, Kebaikan dan Kelebihan Telur Ayam

Apabila menyebut tentang kuning telur, pasti ramai yang dapat membuat tanggapan ianya mengandungi paras kolestrol yang tinggi. Sebenarnya, selain kolestrol, kuning telur juga mengandungi pelbagai jenis khasiat dan zat seimbang yang bagus untuk tubuh kita contohnya 67miligram sulfur iaitu lebih kurang lapan peratus daripada keperluan harian kita.

Untuk pengetahuan anda, kandungan kalori dan lemak dalam sebiji telur adalah agak rendah tetapi sangat kaya dengan vitamin A dan juga protein yang diperlukan oleh tubuh kita.

Akhir sekali, walaupun khasiat telur ayam memang banyak dan mempunyai banyak kegunaan kepada kesihatan kita, tetapi anda perlu juga mengimbangi pemakanan anda dengan mengambil sayur-sayuran, buah-buahan dan lain-lain lagi. Anda mungkin juga berminat dengan persoalan sama ada telur ayam perlu basuh atau tidak?

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *