Kisah Cinta Sejati, Lelaki dan Wanita Yang Popular

Kisah cinta sejati yang sangat terkenal ini berlaku apabila seorang lelaki berusia 19 tahun jatuh cinta kepada seorang janda yang berusia 10 tahun lebih tua daripadanya. Lelaki itu bernama Liu Guo Jiang manakala wanita itu pula bernama Xu Chaolin.

Pada ketika itu, perbuatan seorang lelaki jatuh cinta kepada seorang wanita yang lebih berusia adalah susah untuk diterima masyarakat dan dianggap tidak bermoral. Oleh itu, hubungan cinta antara mereka berdua sering dicemuh dan dicela oleh rakan-rakan dan orang sekeliling mereka.

Akhirnya mereka berdua tekad untuk melarikan diri dan tinggal di sebuah gua di gunung di Desa Jiangjin, sebelah selatan Chong Qing. Kehidupan mereka berdua pada awalnya sangat menyedihkan kerana tidak mempunyai apa-apa termasuk makanan. Disebabkan itu, mereka berdua terpaksa makan rumput dan akar-akaran yang mereka jumpa di gunung tersebut. Lelaki tersebut (Liu) telahpun membuat lampu minyak tanah untuk kegunaan mereka berdua.

Kisah Cinta Sejati, Lelaki dan Wanita Yang Popular

Si wanita (Xu) sering merasakan bahawa dia telah mengikat Liu dan selalu bertanya “ Adakah awak menyesal?” Jawapan Liu pula selalu sama iaitu “ Asalkan kita rajin, kehidupan pasti akan menjadi lebih baik”

Selepas dua tahun tinggal di gunung, Liu mula memahat anak-anak tangga supaya Xu dapat turun ke gunung dengan senang dan selamat. Ini berterusan sehingga lebih 50 tahun. Pada masa itu, mereka berdua telahpun mempunyai 7 orang anak.

Pada tahun 2001, Lebih kurang 52 tahun sejak mereka berdua tinggal di guning tersebut, sekumpulan pengembara yang melakukan advanture ke hutan tersebut menemui pasangan tersebut dan apa yang lebih menghairankan mereka ialah 6000 anak tangga terdapat di situ yang dipahat oleh Liu.

Menurut salah seorang anak mereka (Liu Ming Sheng):
Orang tuaku sangat saling mencintai dan menyayangi antara satu sama lain dan hidup menyendiri selama lebih 50 tahun. Mereka tidak pernah berpisah walau sehari pun. 6000 anak tangga tersebut telah dipahat oleh ayahku untuk mengembirakan dan memudahkan ibuku walaupun sebenarnya dia tidak selalu turun gunung.

Kisah Cinta Sejati, Lelaki dan Wanita Yang Popular

Mereka menikmati hidup yang aman selama lebih 50 tahun di gunung tersebut. Pada suatu hari, Liu telah pengsan ketika pulang dari ladangnya. Xu menangis dan duduk berdoa bersama suaminya sehingga akhirnya Liu meninggal dalam pelukannya. Umur Liu ketika itu adalah 72 tahun. Mungkin disebabkan sangat mencintai isterinya, genggamana tangan Liu sukar untuk dilepaskan dari tangan Xu.

“Awak telah berjanji akan menjagaku dan akan terus bersamaku sampai aku meninggal, sekarang kau telah mendahuluiku, bagaimana akan dapat hidup tanpamu?”

Selama beberapa hari Xu terus-menerus mengulangi kata-kata tersebut ini sambil meraba peti jenazah suaminya dan dengan air mata yang berlinang membasahi pipinya.

Tahun 2006, kisah cinta mereka berdua telah menjadi salah satu daripada 10 kisah cinta terkenal di China menerusi majalah Chinese Woman Weekly. Kerajaan juga telah mengabadikan 6000 anak tangga tersebut sebagai tanda kisah cinta sejati antara Liu dan Xu dan menjadikan tempat tinggal mereka berdua menjadi muzium bagi memastikan kisah cinta mereka berdua tetap diingati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *