Koleksi Ayat Jiwang Yang Terbaik

Adakah anda sedang mencari koleksi ayat jiwang yang terbaik? Jika anda membaca entri ini, bermakna anda mungkin berminat untuk membaca koleksi ayat jiwang terbaik yang terbaru pada masa kini. Sebelum itu, anda juga mungkin berminat dengan entri-entri kami yang terdahulu seperti, ayat jiwang untuk kekasih, ayat sentap, ayat sedih buat kekasih ataupun ayat meluahkan perasaan untuk kekasih.

Jom kita tengok beberapa lagi koleksi ayat jiwang yang terbaik dan menarik untuk dikongsikan bersama-sama dibawah ini:

Sekali awak lepaskan orang yang ikhlas menyayangi awak, belum tentu awak akan dapat orang seperti dia lagi. Dan kalau mendapatnya kembali, belum tentu dia akan sama seperti dulu kerana hatinya dilukai. Hargai orang yang ikhlas sayangi awak. Jangan kejar apa yang kita kehendaki, sedangkan apa yang kita miliki sudah cukup bernilai.

Koleksi Ayat Jiwang Yang Terbaik

Selagi hati ini bukan milik siapa-siapa, selagi itu awak berusaha untuk memiliki saya suatu hari nanti. Sebab itulah kita tidak dikatakan seperti orang yang sedang bercinta. Padahal kita saling merindu antara satu sama lain.
Koleksi Ayat Jiwang Yang Terbaik

Orang tanya aku, kenapa pilih dia dari beribu manusia lain
Aku diam..
Mungkin cara manja dia,
Mungkin cara jenaka dia
Mungkin cara layanan dia,
Mungkin cara ketabahan dia.
Tetapi yang pasti, cara dia buat aku rasa selesa
Bila aku dan dia bersama sentiasa 🙂

Koleksi Ayat Jiwang Yang Terbaik
Bertemu seseorang adalah satu takdir, menjadi kawannya adalah satu pilihan.
Tetapi jatuh cinta kepadanya bukanlah satu kebetulan,
Ianya adalah satu ketentuan

Koleksi Ayat Jiwang Yang Terbaik
Saya senyap supaya awak belajar rasa sunyi
Saya berlari supaya awak pandai mengejar
Saya hilang supaya awak pandai mencari
Saya pergi supaya awak tahu rasa rindu dihati
Tapi apa pun yang saya buat, awak tak pernah peduli..

Koleksi Ayat Jiwang Yang Terbaik

Jangan fokus cari yang hensem atau cantik sahaja, tapi cari yang boleh terima kau walau dia nampak teruknya kau

Koleksi Ayat Jiwang Yang Terbaik

Aku persilakan je siapa yang nak datang, nak pergi dari hidup aku. Sebab aku tahu, in the end, cuma ada family je yang akan stay forever.

Sekian sahaja 7 lagi  koleksi ayat jiwang yang terbaik untuk dikongsikan kali ini. Jika anda berminat dengan post-post jiwang atau kisah cinta anda boleh rujuk di entri kami dalam categori jiwang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *