Kriteria Tips Pemilihan Laptop Terbaik, Ciri-ciri Penting

Entri kali ini, admin mahu konsikan sedikit mengenai kriteria tips pemilihan laptop terbaik untuk diri kita. Sebelum itu, admin nak tegaskan bahawa laptop terbaik ini bukannya laptop yang spesifikasi melampau-lampau canggih, kalau macam itu sudah tentu orang berebut-rebut membeli Macbook Pro, Alienware etc.

Apakah perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli laptop? Di bawah ialah beberapa Tips pemilihan laptop terbaik bagi anda yang tidak pasti apa yang harus diutamakan dahulu.

KRITERIA TIPS PEMILIHAN LAPTOP TERBAIK

Harga Laptop
Ya, berapa bajet anda untuk membeli laptop? Adakah anda mempunyai bajet yang tinggi atau rendah? Jawapannya anda sendiri boleh jawab. Kalau bajet anda rendah sangat, anda mungkin berminat dengan laptop murah di Malaysia bawah RM1000.

Kriteria Tips Pemilihan Laptop Terbaik, Ciri-ciri Penting

Sistem Operasi
Kalau nak beli, belilah laptop/notebook yang menggunakan sistem operasi yang terbaharu, macam sekarang ni Window 8.1 atau kalau guna Mac, biasa OS dia sentiasa update.

Processor
Processor yang paling bagus ialah Intel i7, diikuti Intel i5 dan Intel i3. Selepas itu mungkin anda ada jumpa processor Intel Atom dan Intel Celeron di pasaran sekarang. Kalau anda ada banyak duit, carilah processor yang menggunakan Intel i7, tapi biasanya laptop yang menggunakan processor ini agak mahal, paling murah pun mungkin dalam RM2500 kalau ada. Untuk tips pemilihan laptop terbaik untuk diri kita, kalau anda cuma hendak membuat kerja-kerja biasa macam online, buat kerja dengan Microsoft Office, anda tidak perlulah menggunakan processor yang tinggi, Intel Atom, Intel Celeron dan Intel i3 sudah lebih dari cukup. Lainlah kalau anda memang ada banyak duit. Selain itu Graphic Card yang berkualiti juga menjadi faktor pemilihan yang penting terutama kalau anda seorang kaki gamer atau buat kerja design menggunakan software berat seperti Adobe Photoshop dan sebagainya.

RAM
Fungsi RAM ini secara amnya untuk melancarkan penggunaan dan performance laptop supaya tidal lagging. Bagi tips pemilihan laptop terbaik sesuai dengan kegunaan kita, sekarang ini, admin tengok minimum 2GB RAM untuk laptop/notebook di pasaran, so admin suggest anda boleh saga beli laptop dengan 2GB RAM ini asalkan ia boleh diupgrade kalau ada mahu masa akan datang.

Memory Data Storage
Terdapat dua jenis data storage yang anda boleh jumpa di laptop/notebook terkini. Satu ialah HDD (Hard Disk Drive) dan satu lagi ialah SSD (Solid-State Drive). Laptop yang menggunakan SSD adalah lebih cepat processing data berbanding dengan laptop yang menggunakan HDD. Malangnya SSD adalah sangat mahal dan laptop yang menggunakan SDD sepenuhnya biasanya berharga lebih kurang RM2800 ke atas. Kriteria Tips Pemilihan Laptop Terbaik, Ciri-ciri PentingContohnya Apple Macbook paling murah iaitu Macbook Air 11.6 inci yang menggunakan SSD berharga RM2899 per unit, selebihnya RM3000 ke atas, manakala Acer Aspire S7 berharga RM3899. Walaupun kedua-duanya menggunakan SSD sepenuhnya, tetapi storage adalah sangat kecil iaitu 128GB sahaja. Kalau dibandingkan dengan HDD, anda boleh mendapatkan 500GB HDD laptop dengan harga kurang dari RM1000 dan kurang RM2000 untuk mendapatkan laptop yang mempunyai 1000GB atau 1TB HDD storage. HDD storage adalah yang biasa anda jumpa atau guna di laptop/komputer sekarang ini. Ada juga laptop yang menggunakan gabungan HDD dan SSD seperti Acer Aspire V3-371 yang mempunyai 500GB HDD dan 8GB SSD, dimana SSD bertindak untuk mempercepatkan processing data.

Apa perlu dipertimbangkan Kriteria Tips Pemilihan Laptop Terbaik, Ciri-ciri Penting

Battery Life
Anda mesti tidak suka membawa charger selalu bukan? Agak leceh kalau setiap kali keluar buat urusan yang menggunakan laptop kena bawa charger setiap masa walaupun cuma 2,3 jam saja guna. Tapi, sekarang tidak perlu risau sangat sebab, laptop/notebook yang ada di pasaran sekarang mempunyai jangka hayat yang agak bagus 5 jam, 6 jam, 7 jam dan sebagainya. Dalam tips pemilihan laptop terbaik, anda pilihlah model yang boleh bertahan cukup lama yang sesuai dengan bajet dan kemampuan anda.

Saiz dan Berat
Tentang saiz itu terpulang dengan diri masing-masing sebab ada yang suka laptop saiz kecil dan ada juga yang suka saiz besar kan. Macam admin walaupun laptop bersaiz kecil misalnya 11 inci itu agak menarik dan comel, tapi agak kurang selesa menggunakannya sebab terpaksa banyak kali scrol untuk buat kerja selain paparan yang agak kecil. Tapi itu adminlah, korang mungkin lain kan? Satu lagi, Admin nak tekankan pasal berat laptop, mesti korang tidak berapa suka kalau terpaksa bawa laptop yang agak berat untuk kemana-mana kan? Admin memang tidak suka, oleh sebab itu admin akan cuba cari laptop seringan yang boleh. Tapi, apa-apapun terpulanglah kepada anda semua 🙂

So, itu sajalah beberapa kriteria tips pemilihan laptop terbaik untuk kita. Semoga anda berjaya memiliki laptop kegemaran anda dan membuat pilihan yang bijak.  Anda boleh tengok sini untuk senarai harga laptop di Malaysia 2015.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Kakipromo.com