Laluan Dan Cara Menjadi Guru Di Malaysia Masa Kini

Bagaimana cara menjadi guru di Malaysia pada masa kini? Jika anda ingin tahu, terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk menjadi seorang guru di negara ini. Disini, admin ingin kongsikan beberapa laluan yang boleh anda ambil untuk menjadi guru.

Laluan untuk menjadi seorang cikgu bermula dari lepasan SPM. Admin yakin semasa anda baru sahaja menghabiskan zaman sekolah menengah di Form 5 dan baru selesai menduduki peperiksaan SPM, anda pasti akan berfikir akan hatuju anda yang seterusnya sama ada ingin cari kerja atau sambung pelajaran.

Laluan Dan Cara Menjadi Guru Di Malaysia Masa Kini

Jika anda berhasrat untuk menjadi seorang guru, sebaik sahaja selesai peperiksaan SPM dan mendapat result yang bagus, anda mempunyai pilihan sama ada ingin menyambung pelajaran di salah satu peringkat di bawah untuk laluan anda menjadi seorang guru:

Matrikulasi > Universiti (Ijazah)
STPM > Universiti (Ijazah)
IPG (Ijazah)
STPM > Universiti (Ijazah)
Diploma > Universiti (Ijazah)

Selepas habis SPM, anda boleh masuk ke matrikulasi dan seterusnya masuk ke universiti untuk mendapatkan ijazah pendidikan di Universiti yang menawarkan program tersebut.

Anda juga boleh pilih untuk sambung belajar ke peringkat Diploma atau STPM selepas SPM dan seterusnya sambung belajar ke universiti dalam ijazah pendidikan.

Anda juga boleh memohon ke Institut Perguruan Malaysia (IPG), atau maktab perguruan sebaik sahaja habis SPM dengan result yang bagus. Berbeza dengan laluan yang lain, anda tidak perlu lagi sambung kemana-mana selepas habis di IPG. Walaubagaimanapun, anda perlu menghabiskan 5 tahun di IPG sebelum boleh menjadi seorang guru.

Cara menjadi guru di bawah ini pula bagi Anda yang mempunyai ijazah tetapi belum berjaya mendapat sebarang pekerjaan dan anda memang berminat untuk menjadi guru.

  • Memohon jadiĀ guru di MRSM atau di Sekolah Swasta
  • Memohon dengan program TeachforMalaysia
  • Memohon program JQAF
  • Memohon program DPLI at KPLI ( program KPLI sudah lama tidak dibuka dan tiada jiga berita sama ada ia dimansuhkan)

One Reply to “Laluan Dan Cara Menjadi Guru Di Malaysia Masa Kini”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *