Langkah dan Amalan Gaya Hidup Sihat Masa Kini

Hai semua, tahukah anda tentang langkah dan amalan gaya hidup sihat masa kini? Siapa yang tidak ingin hidup sihat dan mempunyai tubuh badan yang cergas dan bebas daripada penyakit yang berbahaya dan memudaratkan? Agak menyedihkan apabila realitinya, meskipun ramai yang mengetahui cara untuk mengamalkan hidup yang sihat tetapi tidak ramai orang yang betul-betul tertarik atau cenderung untuk mengamalkannya.

Sebab utamanya adalah disebabkan malas dan tidak mahu ambil peduli sangat akan amalan hidup yang sihat sehinggalah apabila mereka terkena penyakit seperti sakit dada, masalah pernafasan atau sakit kepala dan sebagainya. Pada masa itu, barulah mula menitikberatkan amalan gaya hidup sihat.

Langkah dan Amalan Gaya Hidup Sihat Masa Kini

Seeloknya, amalan gaya hidup sihat dan amalan hidup sihat hendaklah diamalkan dan diterapkan sejak kecil lagi. Gaya hidup dan amalan hidup yang sihat sebenarnya sangat berkait rapat dengan cara pemakanan yang sihat dan gizi seimbang.

1) Pemakanan yang sihat:

i) Sarapan
Jangan sesekali mengabaikan sarapan setiap pagi kerana sarapan inilah yang akan memberi kita tenaga untuk memulakan hari kita dan menjadikan daya tumpuan atau fokus kita semakin baik serta membantu untuk meningkatkan kecerdasan otak kita untuk berfikir.

ii) Makan Tengahari
Makan tengahari adalah wajib untuk diambil biarpun anda mungkin sedang dalam diet. Diet itu tidak salah tetapi jangan sampai kita sendiri rasa terseksa dengan tidak makan. Makanlah walaupun cuma sedikit sebab jurang waktu adalah agak lama untuk anda menunggu waktu makan malam yang biasanya di sekitar pukul 7-8pm bagi kebanyakan orang.

iii) Makan Malam
Bagi majoriti orang kita, biasanya menu masakan di waktu malam adalah sedap-sedap kalau dibandingkan dengan menu tengahari. Anda boleh makan tetapi jangan makan secara berlebihan dan sebolehnya pastikan makanan adalah seimbang dan berkasiat iaitu turut mengandungi sayuran dan buah-buahan. Yang paling penting anda jangan terus masuk tidur lepas makan sebab itu adalah salah satu amalan hidup tidak sihat dan boleh menyebabkan berat badan naik dan menyebabkan perut buncit atau kembung.

2) Bersenam atau bersukan
Amalan hidup yang sihat memang tidak dapat dipisahkan daripada senamam atau sukan. Sila bersenam atau bersukan sekurang-kurangnya dua, tiga kali seminggu bagi mendapatkan badan yang fit dan aktif.

Langkah dan Amalan Gaya Hidup Sihat

3) Pemantauan dan pemeriksaan doktor
Sentiasa buat pemantauan tentang paras tekanan darah kita, kesihatan gigi, degupan jantung dan juga berat badan. Sentiasa berjumpa dengan doktor jika merasa ada sesuatu yang tidak kena dengan badan kita.

4) Jauhi rokok dan minuman keras
Rokok dan minuman keras memang tidak membawa apa-apa kebaikan kepada badan kita sebaliknya cuma akan memudaratkan kesihatan kita dan orang lain. Selain itu, harga rokok dan minuman keras juga sangat mahal dan seeloknya duit kita dibelanjakan untuk sesuatu yang lebih berfaedah dan berguna.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Kakipromo.com