Laptop Asus VS Acer, Mana Lebih Bagus?

Antara Laptop Asus VS Acer, Mana Lebih Bagus? dulu, laptop brand Acer memang menjadi pilihan ramai dan sangat popular di Malaysia dan juga di seluruh dunia disebabkan kekurangan persaingan daripada laptop-laptop yang lain.  Macam zaman admin dulu memang ramai yang guna Acer, kalau tak Acer mesti Dell atau HP. Cuba anda tengok 5,7 tahun yang lepas, kebanyakan rakan-rakan anda kalau 10 orang, 5 atau 6 dari mereka mungkin menggunakan Acer. Selebihnya mungkin guna laptop Dell, HP dan lain-lain lagi.

Sekarang pun, populariti Acer masih maintain bagus.Sekarang ini pula memang laptop Asus, Acer, Dell, Lenovo menjadi pilihan majoriti pengguna yang memilih laptop murah dan berpatutan. Kalau yang berduit banyak sikit, mungkin akan beli Macbook.

Laptop Asus VS Acer, Mana Lebih Bagus?

Laptop Asus VS Acer, Mana Lebih Bagus?

Laptop Asus sekarang makin popular dan mampu menandingi laptop-laptop brand yang lain disebabkan quality dan harganya yang mural dan berpatutan. Laptop Acer dan laptop Asus boles diperoleh dengan harga kurang daripada RM1000 pads masa kini. Mana lebih bagus, laptop Acer atau Asus? Dari segi after sale servis dan risiko, laptop Asus menawarkan 2 tahun warranty berbanding laptop Acer yang menawarkan setahun warranty. Warranty sangat penting kalau membeli peralatan electronic seperti laptop,smartphone, tablet, TV, peri sejuk, Air-Cond dan macam-macam lagi lah. Lagi lama warranty adalah lebih bagus.

Pastikan servis center laptop anda berdekatan dengan tempat anda dan membolehkan anda senang untuk hantar laptop anda yang bermasalah. Servis Center Asus sebenarnya agak senang untuk didapati berbanding dengan Acer terutama kalau anda berada di kawasan bandar. Dari segi servis center ni, sebenarnya Dell adalah terbaik sebab, anda boleh panggil juruteknik mereka ke tempat anda saja. Kalau tempat anda tiada servis center yang berdekatan, pilihan yang anda ada ialah menghantar ke kedai-kedai komputer yang ada. Tapi, anda tidak akan dapat menggunakan warranty anda dan mungkin terpaksa keluarkan duit.

Compare Laptop Asus VS Acer, Mana Lebih Bagus?

Laptop Acer dulu sering dikaitkan dengan masalah driver dan overheating, tetapi masalah ini sebenarnya berlaku kepada laptop yang lain juga. Masalah driver pada masa sekarang mungkin boleh diselesaikan sendiri, sebab zaman sekarang ini mesti pengguna mempunyai access internet. Sentiasalah update laptop anda untuk fix kan problem dan juga melancarkan lagi performance laptop anda. Kalau betullah Acer ni laptop bermasalah, kenapa ramai giler orang guna Acer? Tepuk dada tanyalah selera. Macbook Pro yang berharga RM4000 lebih pun tidak terkecuali daripada masalah, yang penting cara penggunaan kita dan solution sentiasa ada.

Pendapat admin, laptop Asus vs laptop Acer, mana yang lebih bagus adalah sangat subjektif sebab kita hanya boleh membanding secara general sahaja dan bukan model-model yang ada. Mungkin ada Laptop model Acer yang lebih bagus dari Asus, dan ada juga laptop model Asus yang lebih bagus dari laptop Acer. Mungkin satu model itu bermasalah dan model lain pula bagus. So, jika anda berminat untuk membeli laptop, silalah rajinkan diri membaca review tentang laptop tersebut dan cuba try di kedai-kedai komputer dulu. Jom tengok kriteria tips pemilihan laptop dan harga terkini laptop di Malaysia 2015.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Kakipromo.com