Lelaki Keluar Penjara Selepas 40 Tahun Terkejut Dengan Perubahan Dunia Masa Kini

Lelaki Keluar Penjara Selepas 40 Tahun Terkejut Dengan Perubahan Dunia Masa Kini. Jika anda berumur 50 tahun pada masa sekarang, ingatkah lagi anda akan perkara yang berlaku 40 tahun dahulu? Mesti anda akan terasa pelik dan kebanyakan benda yang kita ada dulu sekarang ini mungkin sudah menjadi bahan antik dan digantikan dengan teknologi lain yang lebih baru. Inikan pula kalau anda menghabiskan masa selama 40 tahun lebih di suatu tempat yang terasing dengan dunia luar seperti lelaki ini.

New York – Selepas 4o tahun menghabiskan kehidupan di penjara, seorang banduan, Otis Johnson, 70, bingung dengan perubahan dunia yang dikenalinya dahulu kepada satu dunia moden.

Lelaki Keluar Penjara Selepas 40 Tahun Terkejut Dengan Perubahan Dunia Masa Kini

Johnson dipenjarakan pada 1975 pada umur 25 diatas kesalahan mengasari dan cubaan untuk membunuh seorang pegawai polis.

Menerusi wawancara oleh Al-Jazeera, Johnson melahirkan rasa bingungnya dengan dunia sekarang yang dikatakan sangat berbeza dengan dunia yang dia kenal sebelum ini.

Antara yang dinyatakan oleh Johnson adalah, dia terkejut dengan tabiat masyarakat yang dilihat seolah-olah bercakap dengan diri mereka sendiri.

Lelaki Keluar Penjara Selepas 40 Tahun Terkejut Dengan Perubahan Dunia Masa Kini

“Saya lihat kebanyakan orang bercakap dengan diri mereka sendiri. Apabila saya teliti, mereka sepertinya mempunyai benda di dalam telinga mereka. Saya tidak apa benda itu. Telefon, iPhone, itu yang mereka sebut-sebut.

“Selepas itu minda saya berkata : Apa? semua orang sudah jadi ejen CIA atau ejen rahsia? Kerana itu yang saya tefikir apabila seseorang berjalan dengan wayar di telinga.. itu yang mereka (ejen) pakai pada 60 – 70an dimana saya masih bebas.

“Saya masih lagi cuba memikirkan bagaimana mereka berupaya berbuat demikian, mengawal diri mereka untuk berjalan dan bercakap di telefon tanpa melihat ke mana mereka pergi.

“Ianya perkara yang menakjubkan buat saya”, kata Johnson.

Lelaki Keluar Penjara Selepas 40 Tahun Terkejut Dengan Perubahan Dunia Masa Kini

Selain itu, Johnson juga berkata dia terkejut dengan harga yang dikenakan untuk menggunakan telefon awam. Menurut Johnson pada zamannya harga untuk menggunakan telefon awam cuma $0.25 jika dibandingkan dengan harga sekarang; $1.00; untuk panggilan selama empat minit.

Walaubagaimanapun, Johnson kemudiannya sedar orang ramai kini sudah tidak menggunakan telefon awam lagi.

Johnson kini menumpang di rumah perlindungan yang disediakan oleh Fortune Society dimana sebelum jam 9 malam, dia harus pulang untuk bermalam di situ.

Lelaki Keluar Penjara Selepas 40 Tahun Terkejut Dengan Perubahan Dunia Masa Kini

Memang banyak sangat perubahan yang berlaku di dunia kita ini dalam masa 40 tahun lebih dan lelaki ini boleh dikatakan beruntung kerana berpeluang menyaksikan dan membandingkan sendiri dunia sekarang dengan dunia masa lampau.

source1, source2

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *