Luahan Hati Perempuan Untuk Lelaki Yang Melukainya

Jom kita tengok luahan hati perempuan untuk lelaki yang melukainya dan mempermainkan hatinya. Siapa hati yang tidak terguris apabila insan tersayang rupa-rupanya hanya mempermainkan hati kita. Kita betul-betul percaya bahaya dia memang sayangkan kita sepertimana kita menyayanginya tetapi rupa-rupanya si dia bukanlah betul-betul ikhlas dengan kita dan dalam diam rupanya dia telahpun ada pengganti buat diri kita dalam hatinya. Berikut ialah luahan perasaan wanita terhadap lelaki yang tidak mempermainkannya dan tidak mempedulikan hatinya.

  • Jangan bercinta dengan aku kalau tak boleh terima luaran dan dalaman aku. Jangan sayang aku kalau tak boleh terima perangai aku. Jangan cintakan aku kalau tak boleh terima cara hidup aku. Sebab, aku tak nak nanti perkara itu akan jadi alasan untuk kau tinggalkan aku.

Luahan Hati Perempuan Untuk Lelaki Yang Melukai Hatinya

  • Aku rindu kau sebenarnya, tapi aku tengok kau macam okay je tanpa aku, tapi takpe, kalau itu baik bagi kau, aku ikhlas untuk bertahan.
  • Bila perempuan kasar, dia bukan nak berkasar, tapi dia nak tengok sejauh mana lelaki mampu sabar dengan dia. percayalah, hati perempuan sebenarnya sangat lembut.

Luahan Hati Perempuan Untuk Lelaki Yang Melukainya

  • Jangan pernah mempermainkan perasaan orang. Mungkin hari ini gembira buat macam itu, tapi percayalah awak mungkin akan menangis apabila merasakan macam mana sakitnya terluka kerana cinta. Aku belajar melupakan seseorang yang melupakan aku. Aku belajar memaafkan orang yang menyakiti aku. Aku belajar untuk menjadi yang terbaik untuk orang yang aku sayangi, tetapi satu yang tidak bisa aku pelajari adalah aku harus tersenyum di saat orang yang aku sayangi menyayangi orang lain.
  • Kenapa awak tak cakap je yang awak memang dah bosan dengan aku , jangan bagi alasan bodoh yang tak masuk akal tu kalau awk memang berlaku curang dalam cinta kita.

Luahan Hati Perempuan Untuk Lelaki Yang Melukainya

  • Bila saya tak hubungi awak, bukan bermakna saya tak peduli. Saya cuma nak berikan awak masa untuk merindui saya. Dan kalau boleh, saya nak awak sedar macam mana rasanya tanpa khabar berita dari orang yang kita harapkan.
  • Aku tidak memiliki kesempurnaan seperti orang lain, tapi aku punya satu hati yang selalu setia padamu sampai bilapun.

Luahan Hati Perempuan Untuk Lelaki Yang Melukainya dan mempermainkan hatinya

  • Tak guna cakap sayang kalau di hati kau ada orang lain. Jangan bagi orang harapan, yang sakit nya aku, bukan kau.
  • Aku sedar sebelum ini aku berharap dan tertunggu-tunggu. Sedangkan aku hanya dipandang selintas mata. Aku bukan pilihannya dan tiada pentingnya. Rasa perit tercalar tanpa sedar. Jadi mulai sekarang, aku cuba untuk tidak terhegeh-hegeh lagi. Akan ku senyap perlahan-lahan dan semakin hilang. Biar terguris hati sekarang jangan kemudian. Memang kurang sakitnya tapi parutnya tetap jadi perhiasan.

Luahan Hati Perempuan Untuk Lelaki Yang Melukainya dan mempermainkannya

  • Kalau sayang, stay. Kalau tak sayang, pergi. Aku di sini sayangkan kau, kalau kau stay, aku lagi suka. Tapi, kalau kau nak pergi, pergilah. Aku doakan kau bahagia.
  • Lelaki, kalau dah ada isteri, dah ada tunang, tolong sangat-sangat jangan layan perempuan lain. Tolong fikir perasaan orang yang dah banyak berkorban untuk diri kita. Aku perempuan. Aku tahu sakitnya rasa itu. Aku pernah rasa semua itu.

Itulah sedikit sebanyak luahan hati perempuan untuk lelaki yang melukai hatinya dan juga tidak mempedulikan hatinya. Dalam setiap perhubungan, persefahaman dan berterus-terang adalah yang terbaik walaupun adakalanya ianya perit dan menyakitkan tetapi ini juga adalah jalan terbaik untuk kedua-dua pihak, lelaki dan perempuan.

4 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Kakipromo.com