Makanan Bakar Lemak Badan Dengan Cepat dan Berkesan

Adakah anda tahu makanan bakar lemak badan dengan cepat dan berkesan? Tahukah anda apa itu lemak? Lemak sebenarnya ialah salah satu komponen nutrisi yang diperlukan oleh badan kita dan juga merupakan salah satu sumber tenaga untuk badan kita. Lemak memberikan sumber tenaga yang sangat besar kepada tubuh kita iaitu sekitar 9 kalori untuk setiap gram.Tips cara bakar lemak badan dengan cepat dan berkesan

Secara asasnya, lemak memang sangat berguna untuk tubuh kita tetapi juga boleh mengundang masalah kepada tubuh kita apabila diambil secara berlebihan.Lemak juga sering dikaitkan dengan masalah pertambahan berat badan, kegemukan ataupun obesiti.Bagi kebanyakan orang, lemak dalam badan senang bertambah tetapi sukar untuk dibuang apabila pemakanan tidak mengikut Piramid Makanan Seimbang. Antara cara bakar lemak dengan cepat yang boleh diamalkan ialah dengan melakukan aktiviti bersukan, jogging, senaman seperti senaman kardio yang popular untuk menghilangkan lemak dan mengatasi masalah perut buncit. Persoalannya, adakah anda mempunyai keazaman dan kesungguhan yang tinggi untuk membuat aktiviti-aktiviti tersebut? Majoriti orang pada masa kini cepat berputus asa selepas berusaha untuk beberapa hari atau beberapa minggu dan masih melihat tiada perubahan yang ketara.

Oleh itu, saya ingin kongsikan contoh makanan bakar lemak  dengan pantas dan berkesan atau dalam bahasa Inggeris, fat burning food untuk anda semua. Antara contoh makanan bakar lemak dengan cepat dan berkesan ialah seperti berikut:

Minum Teh hijau (green tea)
Teh hijau memang sangat popular dikalangan mereka yang mengamalkan diet turunkan berat badan. Teh hijau mengandungi antioksidan, EGCG yang membantu pembakaran lemak dalam badan kita. Amalkan meminum the hijau setiap hari dan anda akan dapat tengok perbezaannya selepas beberapa minggu.

Avokado
Avokado mengandungi kandungan serat yang tinggi dimana ianya membantu tubuh kita membakar lemak. Pengambilan yang kerap akan membolehkan tubuh kita membakar lebih banyak lemak.

Kopi
Anda mungkin suka ataupun tidak berminat minum kopi, tetapi kopi sebenarnya juga merupakan salah satu makanan bakar lemak badan dengan cepat. Kopi mengandungi kafein yang mempercepatkan pembakaran lemak kalori dalam tubuh serta melakukan proses pemecahan lemak atau dikenali sebagai liposis.

Cili
Cili merupakan makanan bakar lemak dengan cepat disebabkan ianya mengandungi kandungan capsaicin yang meningkatkan proses metabolisme dalam badan kita. Proses pembakaran lemak dalam badan akan berlaku dengan lebih pantas dengan memakan cili.

Yogurt
Seperti juga cili dan kopi, yogurt membantu meningkatkan proses metabolisme dalam badan dan mempercepatkan pembakaran kalori dalam tubuh kita

Sayuran hijau dan buah-buahan
Sayuran hijau dan buah-buahan merupakan makanan wajib yang sentiasa direkomen kepada kita kerana mempunyai kandungan nutrisi dan zat yang diperlukan oleh badan kita. Selain itu, sayuran dan buah-buahan juga boleh dijadikan penganti daging yang mempunyai kandungan lemak yang tinggi.

Jika anda betul-betul serius untuk mengetahui lebih lanjut tips bakar lemak dengan pantas dan berkesan, anda boleh dapatkan formula kurus terbukti berkesan boleh turunkan berat badan sebanyak 25kg dalam masa 5 bulan sahaja.  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *